Penyewa ‘dari neraka’ hutang sewa RM4,800, rumah alami kerosakan RM40,000
Penyewa ‘dari neraka’ hutang sewa RM4,800, rumah alami kerosakan RM40,000
Seorang pemilik rumah mengalami kerugian hampir RM45,000 apabila berdepan penyewa ‘dari neraka’ yang culas membayar sewa dan merosakkan hartanahnya.
Ahli perniagaan bernama Lim yang berusia 45 tahun menyerahkan kunci rumahnya di Taman Pelangi, Semenyih kepada penyewa baharu dalam keadaan baik dan selesa diduduki empat tahun lalu.
Namun, ia kini menjadi mimpi ngeri buat lelaki itu kerana penyewa gagal membayar tunggakan sewa berjumlah RM4,800 dan rumahnya turut mengalami kerosakan teruk.
Lim mendakwa penyewa berasal dari Taman Medan di sini menghilangkan diri dan kali terakhir menghantar mesej WhatsApp pada 15 Jun lalu memintanya memecahkan mangga pintu untuk memasuki rumahnya.
Mangsa membuat laporan polis Khamis lalu sebelum ke kediaman dua tingkat dilengkapi empat bilik tidur itu bersama kontraktor untuk memasuki rumahnya dua hari kemudian.
“Keadaan teruk sangat, semua pintu bilik tiada dan dinding pula dipenuhi pelekat menyebabkannya mengelupas bila ditanggalkan. Siling bilik tingkat atas pecah dan cermin pintu gelangsar turut pecah.
“Cat rumah bertukar daripada putih kepada hijau, selain ada banyak bekas peralatan digunakan untuk upacara keagamaan. Kontraktor beritahu kos pembaikan mungkin menelan belanja RM40,000.
“Saya mahu cari penyewa itu kerana dalam perjanjian dipersetujui, segala kerosakan perlu ditanggung mereka…jadi kena bayar kos terbabit,” katanya dalam nada kecewa kepada FMT.
Lim berkata penyewa kedua rumahnya ialah sebuah keluarga yang pada mula membayar sewa RM1,400 sebulan mengikut waktu ditetapkan, namun lama-kelamaan bayaran semakin lewat diterima.
“Namun, saya bertolak ansur kerana faham dengan situasi mereka yang mungkin sedikit tersepit, tetapi mereka mula tak bayar sewa April lalu. Harap penyewa itu tampil menyelesaikan masalah ini, laporan polis telah dibuat dan saya serahkan ini kepada proses undang-undang.”
Sementara itu, perunding hartanah dari Francis Group Business, Fatin Nurshahfika menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana bimbang insiden sama berulang kepada pemilik hartanah lain.
“Kita percaya ramai pemilik premis berdepan situasi dengan perangai penyewa sebegini, jadi tindakan mesti dibuat agar ia menjadi pengajaran kepada orang lain. Kita juga akan membantu pemilik premis mendapatkan ganti rugi daripada penyewa tersebut.” FMT
Penyewa ‘dari neraka’ hutang sewa RM4,800, rumah alami kerosakan RM40,000
Baca Artikel Menarik:
- Hampir semua mahu pencen MP ditukar ke caruman KWSP
- Ramlan Harun pengerusi SPR baru
- Shamsuri, Rosnaida timang anak ke-12
- Penjelasan Anwar mengenai penjualan saham MAHB
- PROLINTAS akui kakitangan ditahan SPRM
- Pekerja IT hilang rupanya sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang
- Keris ada kuasa
- Jamal bakal dapat anak lagi diusia 65 tahun
- DAP payung yang tak boleh dibuka semasa hujan
- Mahathir ugut nak pecat saya 3 kali
- Mahathir ‘basuh’ pasukan Umno selama 45 minit
- Rafizi datang lagi
- Dilantik pakar UMCCed, ini kata Siti
- Zul Arifin didakwa miliki pistol tiruan, kurung remaja
- Ular sawa ditangkap bersama 70 biji telur di Kajang (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?
You must be logged in to post a comment.