Tiga ADUN sumbang gaji, royalti bayar denda Selangor FC

Tiga ADUN sumbang gaji, royalti bayar denda Selangor FC

Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan sumbangan separuh gajinya pada bulan depan untuk membantu Selangor FC membiayai pembayaran denda RM100,000 dikenakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Mereka adalah ADUN Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail; ADUN Lembah Jaya Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet dan ADUN Damansara,
Muhammad Izuan Ahmad Kasim.



Rizam yang juga Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor berkata, sumbangan tersebut adalah semangat solidariti bersama Selangor FC dan bukannya satu sandiwara politik.

“Sebaliknya manifestasi dukungan warga Rumpun Selangor kepada pasukan Gergasi Merah yang merupakan kebanggaan negeri kita (Selangor).

“Saya berharap agar sekalian penyokong dapat terus memberi sokongan teguh kepada SFC agar semua pemainnya terus bersemangat waja di dalam mendepani cabaran ini.

“Semoga pasukan Gergasi Merah akan kekal unggul di dalam bola sepak Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Terdahulu, Altimet menyatakan bersedia menyumbang separuh daripada kutipan royalti harta inteleknya tahun ini bagi membantu Selangor FC membayar denda yang dikenakan oleh MFL.

Manakala, Muhammad Izuan Ahmad Kasim memaklumkan menerusi laman rasmi aplikasi X, sumbangan tersebut adalah selaras dengan dirinya sebagai anak jati Selangor.

“Sebagai anak jati selangor. Aku sanggup sumbang separuh daripada gaji bulan depan untuk @selangorfc bagi membantu untuk denda yang dikenakan pada pasukan selangor,” ujarnya di laman X.

Semalam dilaporkan keputusan Selangor FC untuk ‘tidak hadir’ pada saingan Piala Sumbangsih membawa padah apabila diberkan empat bentuk hukuman termasuk denda sebanyak RM100,000 oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).



Menerusi kenyataan yang telah dikeluarkan pengelola Liga Malaysia itu, Lembaga Pengarah MFL menetapkan denda RM100,000 yang mana wang berkenaan bakal disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.

MFL dalam satu kenyataan berkata, tiga lagi hukuman termasuk bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan MFL selain pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024/2025. K Online

Tiga ADUN sumbang gaji, royalti bayar denda Selangor FC

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati

Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?



Sudahlah kalah, lamaran ditolak

Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker