Konten punya pasal bermalam dalam lokap

Masuk lokap selepas bergurau guna pistol

Konten punya pasal bermalam dalam lokap

KUCHING – Tiga lelaki terpaksa bermalam di lokap selepas direman bagi membantu siasatan kes bergurau menggunakan pistol palsu dalam kejadian di kawasan parkir kenderaan di Metrocity, Matang di sini.

Ketiga-tiganya yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 26 tahun ditangkap oleh pasukan dari Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah,Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak kira-kira pukul 2.30 petang, semalam.



Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, penahanan dilakukan susulan satu video berdurasi 13 saat yang tular dari akaun Telegram berhubung tindakan salah seorang daripada mereka mengacukan pistol kepada seorang lagi rakan yang berada di alam kereta di kawasan parkir kenderaan di Metrocity, Matang.

“Turut dirampas sepucuk pistol tiruan dan sebuah kereta Perodua Axia.

“Hasil soal siasat awal, ketiga-tiga suspek mengaku terlibat dalam video tular tersebut dan tujuan video dirakam hanya untuk gurauan sahaja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahsmon menambah, hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah kekerasan. K Online



Konten punya pasal bermalam dalam lokap

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish



PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan

BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia



Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker