Aeril Zafrel Mengaku Dirinya Telah Disihir

Ada Lelaki Tak Dikenali Ceroboh Rumah Dan Letak ‘Barang’

Aeril Zafrel Mengaku Dirinya Telah Disihir

Aeril Zafrel Mengaku Dirinya Telah Disihir

Pelakon terkenal Aeril Zafrel, atau nama penuhnya Suhairil Sunari, 36, baru-baru ini terpaksa mengambil tindakan membuat laporan polis selepas mendapati kediamannya diceroboh oleh individu tidak dikenali. Kejadian yang berlaku dua hari lalu itu telah menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan keluarganya.

Aeril menceritakan bahawa laporan polis tersebut dilakukan selepas dia menemui objek mencurigakan di sekitar rumahnya, termasuk batang pinang bersama kulit limau yang dibakar, dipercayai dihantar oleh individu tidak dikenali beberapa hari sebelum itu.



Aeril Zafrel Mengaku Dirinya Telah Disihir

 

“Siapa kenal budak ini tolong saya! Budak ini panjat rumah saya dan nampak dia letak barang. Kalau kenal tolong maklumkan kepada saya. Laporan polis telah dibuat tetapi susah nak kesan kerana nombor pendaftaran motornya tidak dapat dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya melalui hantaran di Instagram.

Isteri Aeril, yang juga pelakon terkenal Wawa Zainal, turut berkongsi rasa terkejutnya terhadap insiden tersebut. Dia tidak menyangka ada individu yang tergamak melakukan perbuatan sebegitu.



Aeril Zafrel Mengaku Dirinya Telah Disihir

 

“Jiran saya yang kongsi rakaman CCTV itu. Pada mulanya ingat nak merompak tetapi selepas kejadian itu, kami jumpa batang pinang dan kulit limau. Kami tak kenal lelaki itu tetapi sanggup dia lakukan perkara sebegitu,” ujarnya.

Pasangan selebriti ini mengakui bahawa kejadian sebegini bukanlah pertama kali mereka alami. Sebelum ini, mereka pernah mendedahkan bahawa terdapat pihak lain yang cuba melakukan hal yang sama.



“Sejak mendirikan rumah tangga, memang banyak insiden sebegitu berlaku termasuk menerima barang pelik-pelik. Kami tak guna sebarang ‘pendinding’ cuma menjaga amalan sepatutnya agar dijauhkan daripada terkena perkara terkutuk sebegitu,” tambah Aeril lagi.

Aeril juga pernah mengakui bahawa dia menjadi mangsa perbuatan sihir oleh individu yang tidak berpuas hati dengan kehidupannya. Antara kesan yang dialaminya ialah menjadi seorang panas baran dan mengalami mimpi pelik.

Aeril Zafrel Mengaku Dirinya Telah Disihir

 



Insiden ini menambahkan lagi kesedaran tentang bahaya dan ancaman yang boleh menimpa sesiapa sahaja, tidak kira status dan populariti.

Aeril Zafrel Mengaku Dirinya Telah Disihir

Baca Artikel Menarik:

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker