Ikan ‘gergasi’ belakang motosikal jadi perhatian (Video)

Ikan ‘gergasi’ belakang motosikal jadi perhatian (Video)

Seorang lelaki mencuri perhatian orang ramai apabila dia meletakkan hasil pancing, iaitu seekor ikan bersaiz ‘gergasi’ yang dipercayai Baung ekor merah, di bahagian belakang tempat duduk motosikal Modenas Kriss miliknya.

Menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik ke TikTok oleh pengguna @pengedar_bungkusan, video tersebut menunjukkan lelaki tersebut tersenyum lebar bersama jorannya ketika berhenti di lampu isyarat di Jitra, Kedah, sambil disapa oleh pengguna jalan raya lain.



Reaksi terhadap video tersebut amat positif dengan ribuan tontonan dan komen-komen memberi semangat daripada pengikut media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pencapaiannya menangkap ikan bersaiz besar yang menjadi impian ramai pemancing.

Selain itu, banyak yang berkongsi kegembiraan mereka dan memahami perasaan lelaki itu.

“Rasa nak balik ikut jalan jauh sikit hari ini,” komen salah seorang netizen.



Terdapat juga netizen yang turut menceritakan pengalaman mereka sendiri apabila berjaya menangkap ikan ‘lumayan’ seperti lelaki tersebut.

“Aku pernah dapat ikan besar, bawa balik naik motosikal, ikan letak belakang badan, auto jadi artis,” kongsi netizen.

Video tersebut menarik perhatian ramai bukan hanya kerana saiz ikan yang besar, tetapi juga kerana gaya santai lelaki itu membawa hasil pancing di atas motosikal di kawasan awam.

Video viral tersebut berjaya meraih 2.5 juta tontonan serta mendapat lebih 256,000 tanda suka daripada warga maya. MK



Ikan ‘gergasi’ belakang motosikal jadi perhatian (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga



Budak ‘intern’ sepak senior miang

Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar



Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker