Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]

“Kalau Cuti Nak Bersiap, Bangun Awal Dari Pergi Sekolah!”

Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]

Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.



Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

“Ada Gaya Ni Akan Kahwin Dengan Anak Raja”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 117 ribu, tanda suka sebanyak 2,954 dan sebanyak 60 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Aaisyah yang telah bersiap berdandan dan kelihatan cantik untuk menyambut Hari Raya Aidiladha baru ini.

“Pagi-pagi dan bangun bersiap dia, lagi awal dari pergi sekolah”-Tulis Che Ta



@rozitachewan1

Pagi2 dh mangkit bersiap dia .. lagi awai dr p sekolah🤣 . Aaisyah in @Ezuwan Ismail . #aaisyahdhiarana #aidiadha2024 #zsrcwraya2024 #fyp #ezuwanismail

♬ Senandung Hari Raya Untukmu – Dayangku Intan

 



 

Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Aaisyah mempunyai vibes kerabat diraja. Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker