‘Polis lewat siasat dakwaan anak saya didera guru’

‘Polis lewat siasat dakwaan anak saya didera guru’

Seorang bapa menggesa polis mengambil tindakan segera selepas mendakwa anak lelakinya berusia empat tahun didera guru dalam kejadian di sebuah taska di Pandamaran, Klang bulan lalu.

Lelaki itu berkata, dia mengambil anaknya dari taska kira-kira tengah hari pada 13 Mei dan mendapati terdapat kesan lebam dan calar di belakang, telinga dan pipi.



Dalam laporan polisnya, lelaki berusia 33 tahun itu berkata seorang guru mengaku telah memukul kanak-kanak lelaki itu dengan tangannya selepas dia membuang air besar dalam seluar.

Jurujual itu berkata, dia kemudiannya membawa anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, di mana doktor mengesahkan kecederaan itu.

Katanya, anaknya trauma dengan kejadian itu dan takut untuk kembali ke taska.

Royston Tan, peguam yang mewakili lelaki itu, berkata polis masih belum membuat tangkapan walaupun kejadian yang didakwa berlaku lebih tiga minggu lalu.



Tan berkata pegawai penyiasat memberitahunya mereka masih menunggu laporan daripada Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC).

Pusat yang ditubuhkan di bawah Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak Bukit Aman itu adalah bagi menangani kes seksual dan penderaan ke atas kanak-kanak dan wanita.

“Kebimbangan utama saya ialah, sekiranya kes ini berlarutan sekian lama, adakah polis akan terlepas peluang untuk mengumpul semua bukti seperti rakaman CCTV?” katanya kepada FMT.

“Polis harus menangkap suspek dan mendapatkan semua bukti secepat mungkin.”



Beliau berkata ibu pejabat polis Klang Selatan perlu memantau kes itu bagi memastikan keadilan terhadap budak itu. FMT

‘Polis lewat siasat dakwaan anak saya didera guru’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)

1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih



Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker