Wanita, kanak-kanak cedera dilanggar ketika melintas [VIDEO]

Seorang wanita dan kanak kanak cedera apabila dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Sandakan, Sabah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, sebuah kereta jenis Perodua Bezza tidak sempat mengelak lalu melanggar kedua-dua mangsa.

Pemangku ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K. Ramasamy berkata, kejadian berlaku di Jalan Leila, Bandar Ramai-Ramai.

Bagaimanapun, jelasnya, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut yang tular di media sosial.

“Menerusi rakaman kamera papan pemuka kereta, kedua-dua mangsa dilihat secara tiba-tiba melintas jalan sebelum dilanggar.

“Siasatan lanjut mendapati pemandu kereta terbabit kemudian membawa mangsa ke hospital Sandakan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, hasil pemeriksaan, wanita dan kanak kanak itu hanya mengalami sedikit kecederaan ringan dan dibenarkan pulang pada hari yang sama.

Terdahulu, tular satu klip video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak berlari melintas jalan sambil dikejar seorang wanita sebelum dilanggar.

Video berdurasi seminit itu turut menujukkan kedua-dua mangsa tercampak selepas dilanggar pada bahagian hadapan kereta tersebut. KOSMO! ONLINE

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker