Tiada pengakuan bunuh daripada ibu Zayn di mahkamah

Tiada pengakuan bunuh daripada ibu Zayn di mahkamah

Ibu kepada kanak-kanak dibunuh Zayn Rayyan Abdul Matiin, tidak membuat sebarang pengakuan salah kerana membunuh di Mahkamah Majistret, pagi ini, menurut peguamnya.

Mahmud Jumaat berkata, polis membawa Ismanira Abdul Manaf ke mahkamah hari ini bagi merekodkan ‘pengakuan’ tertentu mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan.



Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950 memperuntuk pengakuan salah oleh tertuduh semasa dalam jagaan polis tidak boleh
dibuktikan bagi menentangnya, kecuali dibuat di hadapan hakim Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret.

“Namun, menariknya di sini, puan Isma tidak buat sebarang pengakuan salah, sebaliknya beliau buat keterangan kepada majistret,” katanya pada sidang media selepas prosiding.

Mahmud menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi berkait kes berkenaan, terutama mengaitkan Ismanira dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, dalam pembunuhan Zayn.

Dalam pada itu, peguam Zaim, Fahmi Moin menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung kerjasama polis dengan peguam mewakili pasangan itu, sambil menyatakan mereka hanya mengetahui Ismanira dibawa ke mahkamah hari ini selepas dimaklumkan pihak media.



“Kami hadir 11 pagi di mana kami hanya dimaklumkan oleh pihak media, bukan daripada pihak polis, seawal jam 9.30 tadi pada pagi ini ada prosiding tertutup…katanya akan berlaku satu pengakuan diberikan,” katanya. FMT

Tiada pengakuan bunuh daripada ibu Zayn di mahkamah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)

1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih



Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker