Sita kereta mewah & cincin emas, Polis rampas dadah hampir RM5juta

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam operasi di Klang Selatan dan Subang Jaya minggu lalu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Polis Selangor merampas 57.2 kilogram (kg) dadah bernilai hampir RM5 juta dalam dua operasi, masing-masing di Klang Selatan dan Subang Jaya minggu lalu.

Operasi pertama pada 5 Jun membabitkan rampasan ekstasi, Erimin 5, ketamin, syabu serta heroin base dengan keseluruhan berat 36.4kg disembunyikan dalam sebuah kereta dan sebuah rumah di Klang Selatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata semua dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM4.12 juta dan dipercayai untuk dipasarkan di sekitar Lembah Klang.

“Seorang penganggur lelaki berusia 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Polis turut menyita sebuah kereta mewah dan sebentuk cincin emas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.



Operasi kedua kira-kira jam 1.50 tengah hari pada 6 Jun, menahan seorang lelaki tempatan di kawasan letak kereta sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya.

“Polis menemukan syabu seberat 20.8kg dianggarkan bernilai RM666,944. Susulan itu, polis menahan tiga lagi lelaki yang dipercayai terbabit dalam sindiket berkenaan dan hasil saringan awal air kencing mendapati tiga daripada empat suspek itu positif dadah.

“Polis turut merampas sebuah kereta serta wang tunai,” kata Hussein sambil menambah, dadah yang dirampas dalam kedua-dua operasi itu bernilai lebih RM4 juta, manakala nilai sitaan keseluruhan sebanyak RM283,205.

Katanya, semua suspek berusia 30 hingga 50 tahun kini direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis



Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]



‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker