Resepi Dendeng Daging Raya
Resepi Dendeng Daging Raya
Masa Penyediaan: 40 minit,
Masa Memasak: 1 1/2 jam-2 jam
Jumlah Hidangan: 4-5 orang makan
Memang sedap sangat daging dendeng ni tambahan pulak dah nak raya. Apa yang nak share ni ialah cara orang dulu-dulu dan lebih kepada sebelah negeri Perak, dimana bahan-bahan tumis kita goreng sampai lembut dan baru lah kisar halus. Hasil dendeng lebih tahan lama dan lebih beraroma. Cara yang lain-lain tu macamm biasa.
Daging direbus sampai lembut, hiris nipis dan tumbuk. Kemudian barulah diperap, digoreng dan masak perlahan dengan bahan-bahan tumis. Kalau elok cara tumisnya, cukup minyaknya hasil akan tahan lama dan tak mudah basi. Makan dengan nasi putih panas-panas fuh cukup terangkat. Kuah pun pekat bersalut. Boleh simpan sebagai frozen.
Bahan-bahan:
1 kilo daging
Air (sekadar tenggelam daging)
1/2 cwn kicap pekat manis (perap)
3 batang serai
1-2 biji bawang besar
12 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
2 inci halia
12-15 tangkai cili kering
2 cwn minyak masak
1/2-1 cwn kicap pekat manis (kuah)
4 helai daun limau purut
1/2 keping gula melaka
Garam secukup rasa
1 sb serbuk perasa
1 senduk bawang goreng segar
Cara Penyediaan:
Rebus daging sampai lembut anggaran 45 minit-1 jam, kalau pressure cooker dalam 30 minit.
Rebus cili kering sampai lembut, toskan air dan buang biji.
Hiris nipis bawang merah kecil (untuk bawang goreng).
Potong kasar serai, bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
Panaskan minyak dan goreng semua bahan potong kasar sampai layu.
Goreng pulak cili kering sampai layu.
Kisar kasar semua bahan goreng tadi dengan sedikit air rebusan daging.
Hiris nipis daging rebus anggaran 1/2 cm.
Tumbuk daging agak hancur (sampai boleh carik dengan tangan).
Gaul daging dengan kicap manis.
Panaskan minyak dan goreng bawang merah kecil sampai garing kemudian angkat.
Goreng pulak daging sampai garing tepi-tepi tu kemudian angkat dan ketepikan.
Tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak.
Masukkan 2 cawan air rebusan daging.
Lepas mendidih, masukkan semua daging goreng, gula melaka, garam, serbuk seasoning, kicap pekat manis (atau kicap pekat caramel) dan daun limau nipis.
Masak sampai kuah pekat.
Akhir sekali tabur bawang goreng sebelum hidang.
Tip:
Guna daging bahagian chuck tender (bahagian bahu), kalau bahagian cheap cut yang lain pon sesuai. Kalau daging bahagian batang pinang kita tak guna untuk masak-masak yang heavy, untuk stir fry okey la.
Kalau masak banyak-banyak, boleh pek dalam bekas kecil-kecil dan simpan dalam freezer.
Kredit Che Nom
Resepi Dendeng Daging Raya
Baca Artikel Menarik:
- Sanusi buat balik dah
- Saya tak boleh dibeli, dijolok dengan projek – TMJ
- Maut dipercayai dikelar suami
- Ahmadi Religion ada unsur syiah
- Hadi tinggalkan kami selepas dua bulan kehilangan ayah
- Majlis pertunangan tiba-tiba bertukar jadi majlis pernikahan
- Ada cerita sedih disebalik kotak hadiah misteri di Masjid Sri Sendayan
- Peniaga tolak duit yang ada tandatangan Gabenor Bank Negara yang baharu
- Tukang paip terkejut jumpa kepala babi ditemui dalam tangki air rumah
- Jenazah Farida ditemui di dalam perut ular sawa
- Wanita mati hidup semula selama 5 jam kemudian mati semula mengejutkan doktor
- Allahyarham Mohd Rafie Sofian seorang wira jalan raya
- ‘Ayuni Seri’ ugut sebar gambar bogel
- Fitnah maksiat, Puteri Sarah hantar LOD
- Hisap kemaluan pelajar, guru muzik didakwa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis
Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.