Ustaz Don tak langgar syarat tauliah, prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah
Ustaz Don tak langgar syarat tauliah, prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah
Pendakwah popular, Ustaz Don Danial Don Bijayid dikatakan tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarat tauliah atau melanggar prinsip-prinsip utama Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Perkara itu dijelaskan Majlis Akademik Islami berhubung kenyataan dikeluarkan Ustaz Don Daniyal berkaitan kisah Nabi Muhammad SAW.
Katanya, tindakan Ustaz Don Daniyal meriwayatkan hadis lemah tidak menjadi satu kesalahan kerana beliau hanya menceritakan apa yang termaktub dalam kitab rujukannya.
“Para ulama juga berpendapat harus mengambil pendapat yang lemah selagi mana ia bukan berkaitan dengan perkara hukum dan akidah.
“Periwayatan kisah dan sirah Rasulullah dari sumber yang diragui atau lemah bukanlah satu perkara yang baharu dan menjadi satu isu yang perlu diperbesarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Ustaz Don Daniyal dalam ceramahnya mendakwa baginda pernah melamar seorang wanita dikenali sebagai Ummu Hani sebanyak tiga kali dan merupakan ‘cinta pertama’ (first love) Rasulullah.
Kenyataan itu kemudian menimbulkan pertikaian di media sosial yang mana sesetengah pihak menganggapnya palsu sehingga menyebabkan beliau direhatkan daripada program Salam Baitullah.
Mengulas lanjut, Majlis Akademik Islami berkata, periwayatan sirah Nabi Muhammad SAW tidaklah seketat hadis daripada kita-kitab Sunan kerana ia lebih kepada motivasi dan bukan digunakan untuk menetapkan hukum.
“Melihat kepada masa peminangan pertama itu berlaku, tidak terlampau jauh, sekiranya dianggapkan itu adalah wanita pertama yang menarik hati Rasulullah S.A.W untuk diambil menjadi isteri.
“Namun ungkapan ‘first love’ yang disebut oleh beliau dirasakan kurang sesuai, lantas memberi gambaran tidak enak atau tidak menyenangkan kepada mereka yang mendengarnya,” jelasnya.
Sehubungan itu, Majlis Akademik Islami menasihatkan agar pendakwah berhati-hati dalam kata-kata dan memilih istilah bersesuaian supaya ceramah yang disampaikan tidak disalah erti.
Terdahulu dilaporkan, Ustaz Don Daniyal selesai memberi penjelasan kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) susulan isu terbabit. K Online
Ustaz Don tak langgar syarat tauliah, prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah
Baca Artikel Menarik:
- Sanusi buat balik dah
- Saya tak boleh dibeli, dijolok dengan projek – TMJ
- Maut dipercayai dikelar suami
- Ahmadi Religion ada unsur syiah
- Hadi tinggalkan kami selepas dua bulan kehilangan ayah
- Majlis pertunangan tiba-tiba bertukar jadi majlis pernikahan
- Ada cerita sedih disebalik kotak hadiah misteri di Masjid Sri Sendayan
- Peniaga tolak duit yang ada tandatangan Gabenor Bank Negara yang baharu
- Tukang paip terkejut jumpa kepala babi ditemui dalam tangki air rumah
- Jenazah Farida ditemui di dalam perut ular sawa
- Wanita mati hidup semula selama 5 jam kemudian mati semula mengejutkan doktor
- Allahyarham Mohd Rafie Sofian seorang wira jalan raya
- ‘Ayuni Seri’ ugut sebar gambar bogel
- Fitnah maksiat, Puteri Sarah hantar LOD
- Hisap kemaluan pelajar, guru muzik didakwa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis
Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don
Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]