Rumah mewah Azhar Sulaiman diserang monyet liar

Rumah mewah Azhar Sulaiman diserang monyet liar

Kediaman mewah milik pelakon Azhar Sulaiman berantakan selepas diceroboh masuk sekawan monyet liar, baru-baru ini.

Lebih teruk, Azhar, 51, berkata, gerombolan monyet tersebut bukan sahaja menceroboh malah melakukan ‘onar’ dengan merosakkan barangan yang ada di dalam rumahnya sehingga berselerak.



“Nak mengeluh pun tak guna sebab Behar artikek untuk rumah ini.

“Pada asalnya, saya reka banyak pintu macam ini supaya waktu petang bolehlah nak ambil angin segar.

“Akhirnya, monyet pula yang masuk (rumah) habis berselerak rumah,” katanya menerusi hantaran TikTok.

Terkejut dengan keadaan tersebut, bapa kepada pempengaruh Kasih Iris Leona menyifatkan apa yang berlaku di rumahnya itu sebagai satu mimpi buruk.



“Weh, ‘nightmare’ gila. Apahal diorang ini ya?,” ujarnya pada akhir video.

Video tersebut tular dalam media sosial dan rata-rata netizen memberikan pendapat kepadanya untuk meningkatkan sekuriti dengan memasang pagar bergerigi.

“Kata kaya, pakailah pagar jeriji ke apa, tingkatkan lagi keselamatan rumah awak tu Behar,” komen netizen itu.

“Kalau soal binatang ni, kena tanya pihak berkuasa dalam bidang tersebut, binatang tiada akal, manusia kena fikir,” demikian komen netizen tersebut. K Online



Rumah mewah Azhar Sulaiman diserang monyet liar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis



Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]



‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker