Kemalangan rombongan guru, seorang lagi maut

4 kematian setakat ini.

Kemalangan rombongan guru, seorang lagi maut

ROMPIN: Seorang lagi guru yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat awal pagi tadi meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa maut meningkat kepada empat orang setakat ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Rompin Nor Azman Yusof ketika dihubungi malam tadi.



Beliau memaklumkan mangsa keempat yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Dahlia Ahmad berusia 52 tahun.

“Mangsa meninggal dunia pada 9.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan,” katanya.

Menurutnya 10 mangsa kini masih menerima rawatan manakala 25 dibenarkan keluar selepas menerima rawatan pesakit luar.

Tiga mangsa yang meninggal dunia sebelum ini adalah Penolong Kanan SK Jeram, Masjid Tanah Melaka, Hasnatul Adilah Hassan, 48; pemandu kedua bas Hadi Asyraf Mad Idris,29; dan pembantu operasi sekolah Hamzah Ahmad, 60.



Dalam nahas jalan raya itu, bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras. FMT

Kemalangan rombongan guru, seorang lagi maut

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil

Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?



Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)

Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker