KKR mahu kenderaan bawa bahan binaan dikecualikan penarikan subsidi diesel

KKR mahu kenderaan bawa bahan binaan dikecualikan penarikan subsidi diesel

Kementerian Kerja Raya berharap agar semua kenderaan yang membawa bahan binaan dikecualikan daripada terlibat dalam penarikan semula subsidi diesel.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, langkah tersebut bagi mengelakkan harga bahan binaan meningkat selepas penarikan subsidi diesel dilaksanakan.



“Setakat ini, apa yang saya dimaklumkan semua kenderaan yang terlibat untuk mengangkut barangan (termasuk bahan binaan) dikecualikan daripada penarikan subsidi diesel.

“Jadi tiada sebab untuk dinaikkan kos pembinaan sebab ia tidak melibatkan sebarang kenaikan. Bagaimanapun untuk lebih jelas boleh rujuk tiga kementerian terlibat iaitu Kemterian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memoradum Persefahaman (MoU) antara Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (Perkobf) bersama Planworth Global Factoring Sdn. Bhd di sini hari ini.

Pada majlis itu, Plantworth telah menawarkan pembiayaan hampir RM700 juta kepada kontraktor kelas G1 di seluruh negara.



Dalam pada itu, Ahmad berkata, pihaknya juga menyambut baik hasrat Presiden Perkobf, Tukiman Radion yang mahu lebih banyak projek diberikan secara undian diperingkat daerah dan negeri.

Katanya, langkah tersebut bagi membolehkan kontraktor kelas G1 hingga G4 memperolehi lebih banyak projek.

“Secara keseluruhan, jumlah kontraktor di negara ini adalah sebanyak 133,500. Daripada jumlah ini kontraktor G1 hampir separuh iaitu 66678.

“Apa yang kita harapkan ialah lebih banyak projek-projek dapat diberikan kepada kontraktor G1, G2, G3 dan G4 seperti projek pembaikan tandas yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan dan projek pembaikan klinik daif oleh Kementerian Kesihatan.



“Dengan adanya projek-projek seperti ini kontraktor kelas G1 hingga G4 akan dapat mengembangkan lagi ekonomi mereka sekali gus merancakkan sektor pembinaan di negara ini,” ujarnya. K Online

KKR mahu kenderaan bawa bahan binaan dikecualikan penarikan subsidi diesel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil

Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?



Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)

Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker