Hospital, 2 doktor diarah bayar RM5.1 juta kepada bekas CEO yang rosak otak

Hospital, 2 doktor diarah bayar RM5.1 juta kepada bekas CEO yang rosak otak

Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Pusat Pakar Tawakal Sdn Bhd dan dua doktornya membayar RM5.1 juta kepada wakil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), Datuk Zainudin A Kadir, selepas mengalami kerosakan otak akibat pembedahan.

Ganti rugi itu perlu dibayar kepada Datin Nor Rizam Abdul Wahab, sebagai isteri dan pentadbir estet Zainudin yang meninggal dunia pada 2021 ketika penularan COVID-19.



Hakim, Datuk Mohd Arief Emran Arifin, berkata ia susulan Nor Rizam selaku plaintif berjaya membuktikan imbangan kebarangkalian bahawa hospital swasta itu bersama dua pakarnya bertanggungjawab atas kecuaian perubatan.

Mohd Arief Emran, juga mengarahkan tiga pihak terbabit membayar RM210,000 sebagai kos kepada pentadbir harta Zainudin.

“Sebahagian besar daripada ganti rugi adalah akibat kehilangan pendapatan kerana mangsa bekerja dan memperoleh RM65,000 sebulan, manakala RM500,000 lagi adalah untuk kesakitan dan penderitaan.

“Bukan fungsi mahkamah untuk menghukum doktor atau hospital tetapi memberi pampasan kepada plaintif.



“Kerosakan otak mangsa kerana kebenaran keluar awal selepas pembedahan, selain beberapa kejadian di wad,” katanya dalam alasan penghakiman bertarikh kelmarin yang dimuat naik menerusi sistem pengurusan e-Kehakiman.

Mengikut fakta kes, Zainudin dimasukkan ke hospital pada 22 Februari 2016 dan menjalani pembedahan hidung empat hari kemudian.

Pembedahan bermula pada jam 5.45 petang dan berakhir jam 8.05 malam, sebelum Zainudin rebah jam 9.30 malam.

Mengikut protokol hospital, doktor mesti memerhati pesakit di ruang pemulihan sekurang-kurangnya sejam selepas ‘reversal anaesthesia’ atau penarikan kembali bius sebelum keluar wad.



Dalam kes ini, pemerhatian hanya berlangsung selama 25 minit.

Memandangkan pesakit masih mengantuk, pakar bedah memasukkan tiub ke dalam esofagus dan bukannya trakea yang membawa kepada kerosakan otak. BH

Hospital, 2 doktor diarah bayar RM5.1 juta kepada bekas CEO yang rosak otak

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil

Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?



Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)

Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker