Enam kelab EPL perlu jual pemain segera
Enam kelab EPL perlu jual pemain segera
LONDON: Enam kelab Liga Perdana Inggeris perlu menjual beberapa pemain mereka sebelum akhir Jun untuk mematuhi peraturan keuntungan dan kelestarian liga.
Liga menguatkuasakan peraturan kewangan mereka musim ini dengan memotong mata Everton dan Nottingham Forest dalam saingan liga tertinggi Inggeris itu.
Kini dua kelab berkenaan perlu mengumpul dana bagi mengelak denda sama, manakala Chelsea, Aston Villa, Newcastle dan Leicester turut menerima tekanan.
Dengan tahun kewangan sudah sampai di penghujung, kelab-kelab terbabit perlu mengumpul dana secepat mungkin.
Namun jendela perpindahan hanya akan dibuka pada 14 Jun, dan enam kelab ini berdepan tarikh tutup lebih awal di hujung bulan untuk menjual pemain-pemain mereka.
Juara Liga Kejuaraan, Leicester didakwa melanggar peraturan Fair Play Kewangan pada Mac dan akan dipotong dua mata, namun kes berkenaan akan berlarutan menjelang permulaan musim baharu Liga Perdana Inggeris yang bermula pada 17 Ogos.
Jendela perpindahan musim panas akan dibuka sehingga 30 Ogos.
Chelsea yang baru melantikan Enzo Maresca sebagai pengendali baharu, dijangka akan melepaskan Conor Gallagher.
Everton akan menjual pertahanannya, Ben Godfrey, manakala Jacob Ramsey dan Douglas Luis dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Villa.
Newcastle pula perlu melepaskan Alexander Isak atau Bruno Guimaraes, manakala Morgan Gibbs-White akan menjadi aset paling bernilai buat Forest jika mereka mahu mengumpul dana.
Pemain tengah Leicester, Kiernan Dewsbury-Hall mungkin akan meninggalkan Stadium King Power pada musim panas ini dengan Brighton dan Brentford berminat mendapatkan khidmatnya. BH
Enam kelab EPL perlu jual pemain segera
Baca Artikel Menarik:
- RTM rehatkan Don Daniyal
- OKU dicederakan pengiring TMJ dirakam keterangan di Bukit Aman
- Mahkamah benar Najib, Wan Rosdy fail afidavit
- Lelaki larikan kereta dan warga emas di stesen minyak ditahan
- Pyan Habib dalam kenangan
- Itu rumah saya, bukan surau – pemilik Kg Sri Makmur lapor polis kenyataan PTD Gombak
- Suami BCL seleweng dana syarikat
- Penyamun larikan kereta bersama warga emas dirakam CCTV [VIDEO]
- https://mykmu.net/2024/06/04/keluarga-melayu-islam-makan-babi-kerana-kesilapan-penghantar-makanan/
- ‘Saya nak papa, mama’ – Anak sulung pasangan suami isteri maut undang sebak [VIDEO]
- ‘Kami tidak keluar Bersatu, hanya mahu peruntukan kerajaan’ – MP Bersatu
- Cliff Umar akhirnya bersuara selepas kantoi
- Polis sahkan menembak mati 2 lelaki di RnR Tanjung Malim
- Filipina sedia berperang jika rakyatnya dibunuh di laut China Selatan
- Ibu bapa Zayn Rayyan kini disyaki suspek pembunuhan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]