Polis perlu terus siasat dakwaan pengiring kerabat pukul OKU – LFL
Polis perlu terus siasat dakwaan pengiring kerabat pukul OKU – LFL
Lawyers for Liberty (LFL) menggesa polis untuk meneruskan siasatan kes pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang didakwa dipukul pengawal peribadi seorang kerabat diraja.
“Kerajaan perlu memastikan tiada campur tangan dalam siasatan.
“Kewibawaan undang-undang kita dan penguatkuasanya dalam pertaruhan dan sebarang langkah yang salah akan membawa kepada kehilangan kepercayaan sepenuhnya terhadap pengendalian keadilan di negara kita,” kata Pengarah LFL Zaid Malek dalam kenyataan hari ini.
Senada dengan ahli parlimen PKR Hassan Karim, Zaid juga menegaskan tiada istilah “penyelesaian” antara pihak yang didakwa sebagai pelaku dan mangsa dalam kes jenayah.
Dia berkata apabila laporan dibuat, polis bertanggungjawab untuk menyiasatnya.
“Seksyen 3(3) Akta Polis 1967 mempertanggungjawabkan polis untuk megekalkan keamanan dan keselamatan negara, mencegah dan mengesan jenayah serta menangkap dan mendakwa pesalah,” katanya lgi.
Justeru, Zaid berkata tugas menyiasat tidak boleh diabaikan hanya kerana laporan polis dibuat untuk “menyelesaikan atau menarik balik” laporan asal terhadap dakwaan jenayah yang dilakukan.
Dia berkata jika itu dibolehkan, kalangan yang berkuasa boleh memaksa agar sebarang laporan yang dibuat ke atas mereka untuk ditarik balik.
“Ia akan membawa kepada keruntuhan sism keadilan jenayah kita, menjadikan undang-undang jenayah hanyalah sandiwara,” katanya lagi.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata seorang individu membuat laporan berkenaan perkara itu pada Selasa lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Seksyen itu berkenaan kesalahan mencederakan secara sengaja, dan membawa hukuman penjara tidak lebih setahun, denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Namun, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan kemudian memaklumkan individu tersebut membuat satu lagi laporan pada malam hari yang sama, yang menyatakan dia tidak mahu memanjangkan kes berkenaan.
“Pengadu telah membuat laporan polis kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes,” katanya. Mk
Polis perlu terus siasat dakwaan pengiring kerabat pukul OKU – LFL
Baca Artikel Menarik:
- Saya takkan kembali ke parti rosak, ditolak rakyat – Annuar Musa
- Dakwaan pengiring TMJ serang OKU disiasat polis
- Murid ‘disidai’ tengah panas selama 3 jam bakal OKU
- Afidavit Wan Rosdy mesej paling kuat daripada UMNO
- Pasangan viral dah nikah
- Akmal setuju dengan Ku Li
- DAP senyap isu kontrak buat suami menteri
- Jual ‘coklat minda’ tiruan bacaan ulama depan sekolah
- Awas dengan aplikasi TEMU
- SPM 6A, anak Kak KM dapat Mercedes dan RM10k
- Bantulah kami untuk balik ke Malaysia
- Ellie Suriaty bantu urus majlis kahwin bekas suami
- Pembeli tanah lot lidi tiada hak sebagai tuan tanah – Bukit Aman
- Pegawai kanan polis didakwa tutup kes beli senjata warga Israel
- Sharifah Sakinah mohon maaf
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.