Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap
Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap
Sebuah restoran kedai makan di Bukit Jelutong dikecam ramai netizen kerana jawapan yang tidak profesional kepada kritikan pelanggan di reviu Google.
Seorang pelanggan mengkritik ayam goreng yang dimasak rasa masam dan portion lauk sedikit. Kemudian nasi lembik dan tawar, yang dianggap tidak berbaloi untuk menunggu.
Respon daripada pegawai media sosial restoran itu benar benar emosi. Dan menyuruh pelanggan itu jangan datang ke kedai mereka lagi.
Seorang pengguna media sosial yang dipercayai pelanggan yang memberikan kritikan, kecewa dengan cara menjawab oleh kedai makan itu yang dianggap biadap.
Nurul menulis: “Siapa ye pemilik Rumah 8578 ni? Rude-nya jawapan. Pembeli komen untuk improve.
“Sejenis tak boleh terima teguran. Macam kita ni baru lahir je tak pernah makan benda sama yang dia masak tu.
“Dah kalau nasi lembik benyek (bukan lembut ya, saya tahu beza nasi lembut dan nasi lembik macam mana) tu nak puji juga ke?
“Improve la, take note supaya lepas ni kualiti terjaga.
“Kalau business nak maju dan sustain, ambil kira komen negative juga, jangan nak syok sendiri je makan pujian.”
Netizen yang lain berkata bahawa balasan daripada kedai makan terhadap kritikan tersebut hanya mengundang reputasi negatif kedai berkenaa. Netizen tersbeut menulis: “Sekadar peringatan, ini bukan soal customer always right, tetapi apabila pelanggan menegur, ambil cakna, bikannya reply menyindir balik.
“Susah sangat ke nak sebut maaf? Daripada seorang pelanggan, sekarang dan jadi lebih ramai batalkan hasrat nak beli nasi mak cik.”
Ada juga yang pernah terkena dengan sikap biadap staf kedai berkenaan dan menyatakan bahawa mereka sangat terkejut. Namun sebelum ini hanya berdiam diri.
Ramai juga menasihati kedai makan itu untuk menghantar stafnya kurus perkhidmatan pelanggan dan juga PR. Vc
Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap
Baca Artikel Menarik:
- Saya takkan kembali ke parti rosak, ditolak rakyat – Annuar Musa
- Dakwaan pengiring TMJ serang OKU disiasat polis
- Murid ‘disidai’ tengah panas selama 3 jam bakal OKU
- Afidavit Wan Rosdy mesej paling kuat daripada UMNO
- Pasangan viral dah nikah
- Akmal setuju dengan Ku Li
- DAP senyap isu kontrak buat suami menteri
- Jual ‘coklat minda’ tiruan bacaan ulama depan sekolah
- Awas dengan aplikasi TEMU
- SPM 6A, anak Kak KM dapat Mercedes dan RM10k
- Bantulah kami untuk balik ke Malaysia
- Ellie Suriaty bantu urus majlis kahwin bekas suami
- Pembeli tanah lot lidi tiada hak sebagai tuan tanah – Bukit Aman
- Pegawai kanan polis didakwa tutup kes beli senjata warga Israel
- Sharifah Sakinah mohon maaf
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.