Rempah dari India, KKM arah hentikan jualan 2 produk ini

Rempah dari India, KKM arah hentikan jualan 2 produk ini

Semua peniaga termasuk yang menjual dalam talian diarah menghentikan penjualan produk dua jenama rempah dari India serta-merta kerana didapati mengandungi etilena oksida, yang sering digunakan sebagai racun perosak.

Kementerian Kesihatan (KKM) turut meminta semua platform e-dagang dan media sosial menghentikan penyiaran iklan produk Everest Fish Curry Masala dan MDH Curry Powder itu.

“Etilena oksida sering digunakan untuk membunuh serangga perosak dan turut digunakan dalam rempah untuk mengawal cemaran mikrobiologi berpunca daripada bakteria, virus dan kulat.

“Ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci,” katanya dalam kenyataan.

Pada 24 Mei lepas, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa KKM menghentikan serta-merta penjualan produk rempah dua jenama dari India ini kerana didapati mengandungi etilena oksida.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, produk rempah ratus Everest dan MDH dijual dengan meluas di Malaysia, khasnya platform e-dagang, selain turut dieksport ke banyak negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Eropah, Asia Tenggara, Timur Tengah serta Australia.

Selain digunakan sebagai racun perosak, etilena oksida turut digunakan untuk mensteril peralatan perubatan, serta sebagai agen pensterilan dalam rempah untuk mencegah penyakit disebabkan Salmonella dan E Coli.

Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) AS, pendedahan tetap kepada sebatian tidak berwarna dan tidak berbau itu meningkatkan “risiko kanser sel darah putih”.

Reuters melaporkan United Kingdom menjadi negara pertama meningkatkan pemantauan terhadap rempah ratus dari India, disusuli Nepal yang mengharamkan pengimportan dan penjualan dua jenama rempah itu.

Dalam pada itu, KKM berkata, buat masa ini, penggunaannya dalam makanan dan juga bahan bersentuhan makanan tidak dibenarkan.

Katanya, pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk di seluruh negara sering dijalankan melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM).

Berdasarkan semakan data melalui Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM), sehingga April lepas hanya terdapat satu pengimportan masuk produk rempah berjenama Everest Fish Curry Masala, menurut KKM.

Sementera itu, tiada pengimportan masuk bagi produk rempah MDH Curry Powder. FMT

Rempah dari India, KKM arah hentikan jualan 2 produk ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker