Caj permit masuk kenderaan asing (VEP) dikuat kuasa 1 Oktober 2024

Ia akan dilaksanakan menerusi dua fasa berbeza di pintu masuk Singapura dan Thailand.

Caj permit masuk kenderaan asing (VEP) dikuat kuasa 1 Oktober 2024

Kerajaan akan melaksanakan caj jalan dan permit kemasukan kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing dari pintu masuk Singapura serta Thailanf, kata Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook.

Beliau berkata, ia akan dilaksanakan menerusi dua fasa berbeza di Fasa I di pintu masuk Singapura dan Fasa II di pintu masuk Thailand.



“Di Singapura, kenderaan masuk melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar dan CIQ Sultan Abu Bakar tertakluk kepada penguatkuasaan ini mulai 1 Okt,” katanya pada sidang media.

Kerajaan akan menanggung kos membangunkan dua sistem itu di sempadannya dengan Singapura, dianggarkan RM150 juta.

Bagi pelaksanaan dengan Thailand, Kementerian Pengangkutan mempelawa semua pihak berminat membangunkan dan mengendalikan sistem itu di semua lapan pintu masuk sepanjang sempadan bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Semua kos hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang berminat. Pihak yang berminat boleh mengemukakan cadangan mengenai model-model perniagaan yang akan dipertimbangkan selanjutnya di dalam tawaran pihak syarikat,” katanya tanpa mendedahkan bila fasa di Thailand akan dikuatkuasakan.



Seperti termaktub di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan, pemilik kenderaan asing yang tidak berdaftar akan didenda sehingga RM2,000 atau dipenjara sehingga enam bulan.

“(Penguatkuasaan VEP) membolehkan kita mengesan kenderaan asing yang masuk dan keluar dari Malaysia serta jika ada saman perlu selesaikan sebelum mereka keluar,” katanya sambil menambah ini akan memastikan pematuhan peraturan jalan raya.

Piawaian keselamatan PBB

Loke berkata, semua model kenderaan Perodua dan Toyota di Malaysia mematuhi piawaian keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sepenuhnya, selepas pengujian semula.



Ini susulan tatacara pengujian keselamatan kenderaan tidak teratur oleh syarikat Jepun, Daihatsu Motor Corporation, yang menjejaskan 1.7 juta unit kenderaan daripada kedua-dua jenama.

Kementerian Pengangkutan kemudian mengarahkan pengujian semula di beberapa bahagian: selak pintu, komponen penahan pintu, ‘pedestrian protection’, ‘seat anchorage’, penahan kepala tempat duduk, sistem brek, impak hadapan, dan impak sisi.

Enam model Perodua yang terjejas ialah Axia (generasi pertama dan kedua), Alza (generasi kedua), Aruz, Ativa, Bezza, dan Myvi.

Tiga model Toyota pula ialah Rush, Vios serta Veloz. BH



Caj permit masuk kenderaan asing (VEP) dikuat kuasa 1 Oktober 2024

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya



Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga



Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker