The Experts kutip RM5 juta selepas 4 hari tayangan

The Experts kutip RM5 juta selepas 4 hari tayangan

KINI giliran filem The Experts terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures mengungguli carta kutipan filem tempatan dengan meraih kutipan RM5 juta dalam tempoh empat hari tayangan rasmi di pawagam seluruh negara.

Filem yang memaparkan kisah lima beradik merancang satu rompakan terbesar ini bukan sahaja memberi nilai hiburan semata-mata tetapi turut menyelitkan mesej pengajaran kepada penonton, seperti hubungan kekeluargaan dan kesan daripada sesuatu tindakan.



Sementara itu, antara babak yang menjadi tumpuan adalah adegan Keyrol (Syafiq Kyle), Emma (Mimi Lana), Amer (Remy Ishak) dan Lan (Ray Dapdap) ketika makan malam.

Rata-rata penonton merasakan babak tersebut amat dekat dengan mereka dan bersetuju karakter adik-beradik tersebut memang wujud.

Penerbit Eksekutif ‘The Experts’ yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, mengucapkan terima kasih kepada penonton yang berterusan menyokong filem The Experts.

“Terima kasih kepada semua penonton yang terus menyokong filem The Experts dan sekali gus percayakan filem tempatan.



“Kami dapati penonton sudah mula ulang tonton filem aksi heist ini dan antaranya peminat naskhah tempatan, Chee Chi Wai yang telah menonton filem The Experts sebanyak 9 kali di pawagam sejak ia ditayangkan.

“Memandangkan cuti sekolah telah bermula, kami menyarankan mereka untuk menonton beramai-ramai dengan bimbingan dewasa kerana filem ini bukan hiburan semata-mata tetapi banyak mesej pengajaran yang ingin disampaikan,” ujarnya.

‘The Experts’ diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan.



Mereka mendapat arahan daripada gengster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi.

Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.
Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama? Gempak

The Experts kutip RM5 juta selepas 4 hari tayangan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)



Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker