Kontrak buat syarikat suami menteri – Pemimpin Umno, Bersatu bidas SPRM
Kontrak buat syarikat suami menteri – Pemimpin Umno, Bersatu bidas SPRM
Pemimpin pusat Umno Mohd Puad Zarkashi membidas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang berkata dia tidak melihat sebarang kesalahan undang-undang berhubung pemberian kontrak inisiatif Mobiliti Selangor kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Molliliti), sebuah firma yang dikaitkan dengan suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
“KBS mendapat kontrak daripada kerajaan Selangor dan dia (Yeoh) adalah Menteri Belia dan Sukan, jadi tiada kaitan.
“Oleh itu tidak perlu siasat walaupun bukan melalui tender terbuka. Ia bukan conflict of interest. Ohh gitu…, katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu seterusnya menyoal mengapa dalam kes National Feedlot Corporation (NFCorp) yang membabitkan suami bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil iaitu Mohamad Salleh Ismail , ia disiasat dan dibawa ke mahkamah.
“Persoalannya kenapa dalam kes feedlot dulu, Tan Sri Shahrizat disiasat?
“Akhirnya mahkamah membuktikan keluarga beliau mangsa fitnah selama 12 tahun,” kata Puad lagi.
Azam hari ini dipetik sebagai berkata, suami Yeoh, Ramachandran Muniandy tidak perlu disiasat kerana kontrak diberikan oleh entiti berbeza iaitu kerajaan negeri Selangor dan bukan oleh kementerian yang diterajui oleh isterinya.
“Saya tidak mengetahui lanjut mengenai kes itu tetapi apa yang ingin saya katakan, sekiranya satu kontrak yang tiada kena mengena dengan tugas (pihak yang dibangkitkan) ia bukanlah satu kesalahan.
“Saya tidak nampak ia mempunyai kaitan antara Kerajaan Selangor dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tetapi ia berlainan sekiranya KBS yang memberi kontrak itu kepada syarikat berkenaan,” kata Azam.
Pada Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Putrajaya gagal membuktikan sebarang salah guna berkaitan pinjaman RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp).
Hakim Anand Ponnudurai memutuskan bahawa wang pinjaman tidak digunakan secara salah dan tiada pelanggaran kewajipan fidusiari oleh 11 defendan, yang turut termasuk tiga anak Salleh – ketua pegawai eksekutif syarikat Wan Shahinur Izran, dan pengarah Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah.
Mahkamah juga membebaskan keluarga Salleh sepenuhnya daripada sebarang dakwaan penyelewengan.
Sementara itu turut membidas Azam adalah Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris yang bekata, dirinya tidak melihat sebarang kaitan pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh kerajaan Selangor dengan menteri belia dan sukan.
“Apa yang SPRM seolah-olah nampak buta? Adakah KP SPRM yang baru perbaharui kontrak begitu bersahaja mengatakan pemberian kontrak DRT tidak ada salahnya?
“Rakyat yang marhaen pun boleh nampak dari aspek salah tadbir-urus, salah tata kelola, mungkin ada salah guna kuasa, salah guna jawatan, salah guna connection dan networking. Semua perkara ini perlu diperhalusi dan diperincikan,” katanya dalam hantaran di Facebook. Mk
Kontrak buat syarikat suami menteri – Pemimpin Umno, Bersatu bidas SPRM
Baca Artikel Menarik:
- Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim
- ‘Saya minta maaf, ia bukan kubur sebenar tapi ‘set up’ untuk penggambaran’
- Kalau KBS beri projek kepada suami Hannah baru salah – Azam
- Hampir setiap hospital, klinik kerajaan kekurangan doktor
- Mengapa terdesak jual saham MAHB kepada GIP – Hassan Karim
- Pejalan kaki maut digilis beberapa kenderaan
- Zafrul beritahu tentang titah adendum – Wan Rosdy
- Pemuda dan Wanita PKR lesu – Hassan
- Hamzah elak jawab apakah PN sokong tauke kaya – Anwar
- Pintu buka masuk balik?
- 2 jenama rempah dari India ada agen penyebab kanser – CAP
- Ayah kami Uncle Mike
- Pengarah syarikat jam Islamik didenda RM13,500, jual jam azan tanpa perakuan
- Andrew Sia jahil, bodoh sejarah – Mustapha
- ‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)
Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga
You must be logged in to post a comment.