Hamzah elak jawab apakah PN sokong tauke kaya – Anwar
Hamzah elak jawab apakah PN sokong tauke kaya – Anwar
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyindir ketua pembangkang Hamzah Zainudin kerana mengelak daripada menjawab persoalan apakah PN menyokong golongan kaya serta warga asing berhubung rasionalisasi subsidi.
Bercakap kepada pemberita hari ini, Anwar berkata Hamzah mengelak daripada menjawab soalan berkenaan, namun sebaliknya mengalih perhatian dengan meminta perdana menteri melawat pasar basah.
“Hampir saban minggu saya ke warung-kecil kecil dan pasar.
“Dan setiap kali saya pergi, saya tanya harga barang, masalah mereka.
“Tetapi, saya ingat dia (Hamzah)nak elak dari jawapan tentang parti itu mendukung tauke-tauke kaya dan orang asing, itu dia belum jawab,” katanya selepas menghadiri Pameran Era Pascanormal Madani di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, hari ini.
Sebelum ini, Hamzah yang juga setiausaha agung Bersatu, mengecam Anwar kerana tidak mengumumkan bila rasionalisasi subsidi bahan api akan dimulakan.
Hamzah turut meminta Anwar supaya melawat pasar basah di sekitar ibu negara bagi meninjau kenaikan harga barangan yang memberi kesaan terhadap orang ramai.
Pada 21 Mei lalu, Anwar mengumumkan kerajaan akan menamatkan subsidi diesel, dengan jangkaan penjimatan RM4 bilion yang menurutnya hanya menguntungkan “maha kaya” dan lebih tiga juta warga asing sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya kerajaan akan terus memberi subsidi diesel untuk 10 jenis pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan yang digunakan untuk mengangkut barangan, bagi mengekang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak.
Dalam pada itu, Anwar, yang juga menteri kewangan, berkata kementerian berkaitan akan mengumumkan butiran pelaksanaan subsidi bersasar tidak lama lagi.
Mengulas lanjut, Anwar berkata mekanisme pelaksanaan dan tarikh subsidi diesel bersasar akan dijelaskan oleh Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.
“Menteri kewangan kedua akan beri penjelasan dalam masa singkat.
“Ini bukan semua PM lakukan. Saya beri gambaran, kerangka besar. Kemudian, akan ada tindakan susulan, sebab tu saya kasi tahu antara dasar dan titik bengik,” katanya. Mk
Hamzah elak jawab apakah PN sokong tauke kaya – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Andrew Sia jahil, bodoh sejarah – Mustapha
- Anwar bawah tekanan gugur ketua negeri terkemuka
- Pasangan kekasih tunai umrah bersama
- Siapa Dolla, tak kenal pun – Elle Thong
- ‘Komen korang terlalu jahil’ – Ryzal Ibrahim
- Gelar UiTM akademi ‘apartied’, Pemuda UMNO tuntut kolumnis Malaysiakini minta maaf
- Punca Ustaz Kazim disihir
- Beli kereta import ‘recond’, hati-hati
- Teladan celah mana? – Rita Rudaini
- Sanusi tak kesian ke KDA FC?
- Pekerja McDonald’s keringkan mop kotor guna pemanas kentang ditangkap
- Lelaki pukul ibu sedang solat bertubi-tubi dengan pisau dan spana
- Akar umbi tak yakin Peja pimpin Bersatu, desak longgar syarat tanding ‘top 5’
- Ku Li terkejut Petros mahu ambil alih peranan Petronas yang ditubuhkan atas kehendak orang Sarawak sendiri
- Penumpang maut, Pesawat SIA terpaksa mendarat cemas selepas alami gelora udara teruk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga
Hartawan kelahiran Malaysia CEO terima gaji tertinggi di Amerika
You must be logged in to post a comment.