Beli kereta import ‘recond’, hati-hati
Beli kereta import ‘recond’, hati-hati
Masyarakat diingatkan agar berhati-hati ketika membuat pembelian kereta import terpakai agar tidak mudah tertipu dengan tawaran peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Pengasas SCRUT, Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin berkata, antara penipuan yang sering dilakukan semasa urusniaga kenderaan import terpakai adalah penipuan odometer, kenderaan kemalangan dan bencana seperti banjir.
“Kebanyakan peniaga tidak memaklumkan kepada pengguna mengenai keadaan sebenar kenderaan itu walaupun dari segi luaran ia kelihatan elok tanpa ada sebarang kesan cacat cela,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ujar beliau, pengguna kebiasaannya terpukau dengan tawaran harga walaupun ia diletakkan pada harga tidak masuk akal.
“Sudah berdekad lamanya pembeli kereta ditipu ketika memberi kenderaan terpakai oleh kapitalis jahat,” dakwa Ahmad Aliff.
Menurutnya, pengguna seharusnya bersifat lebih bijak dengan membuat semakan terperinci terhadap kenderaan sebelum meneruskan urus niaga.
“Peniaga semestinya memberikan nombor casis kenderaan untuk disemak sejarahnya termasuk tuntutan insurans yang pernah dibuat sebelum ini bagi membuktikan kualiti kenderaan,” jelasnya yang mengasaskan SCRUT bersama Nik Muhammad Izwan Nik Mohd Kamel. Sinar
Beli kereta import ‘recond’, hati-hati
Baca Artikel Menarik:
- Anwar cari keluarga tular bawa anak ‘bertiub’
- Saya hanya akan hantar minyak sawit dua sudu kepada kamu supaya jadi cerdik
- Ryzal Ibrahim pergi Mekah balik hari beli minyak Wangi (Video)
- Keluarga penggali kubur mati dalam lokap dapat ganti rugi RM197,600
- Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo
- Israel nafi jadi dalang tragedi yang meragut nyawa Presiden Iran
- Ustaz Ebit Lew buat panggilan video dalam keadaan ‘beronani’, mahkamah diberitahu
- Masak di stesen minyak, ‘siibodoh berempat’ didakwa esok
- Teguran doa dikubur orang kafir, penganjur jawab mufti
- Pengajuran parti ‘Pinkfish Express’ dalam gerabak KTMB dikutuk [VIDEO]
- Azalina perlu ditukar – UMNO Cawangan SS9A Damansara
- 10 paling kaya Asia
- Yuna dilabel gila tolak kerjasama jenama terkemuka
- Guru tadika duduk atas badan budak, paksa makan oren
- Ning Baizura tampil jelas isu ‘Siapa Rafah’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis
Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang
You must be logged in to post a comment.