Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

KUALA LUMPUR – Penjenayah yang tular dalam kejadian samun di sebuah kedai di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru berjaya ditangkap petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, pihaknya melakukan tangkapan selepas menerima laporan daripada mangsa 12.08 tengah hari.

Menurutnya, suspek ditahan kira-kira 2.54 petang di tepi Jalan Datuk Abdullan Yasin, Kampung Baru dan merampas sebilah parang berukuran 46 sentimeter.



Individu yang ditahan berusia 46 tahun akan direman esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Noor Delhan berkata, siasatan kes ini masih berjalan dan pihak polis menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkenaan kegiatan yang menyalahi undang-undang dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah



Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker