Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram ahli Jemaah Islamiyah
Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram ahli Jemaah Islamiyah
Suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor, awal pagi tadi disahkan anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah, kata Ketua Polis Negara, Razarudin Husain.
Dalam sidang media selepas meninjau lokasi kejadian, Razarudin berkata seramai lima individu yang juga ahli keluarga suspek berusia antara 19 hingga 62 tahun ditahan untuk membantu siasatan.
Katanya, suspek berusia 22 tahun yang juga anak kepada anggota JI masuk ke belakang balai polis dan menyerang dua anggota, dalam kejadian tembak-menembak pada 2.45 pagi.
“Suspek dan seorang anggota terkorban dalam kejadian itu, sementara seorang lagi cedera parah selepas terkena tembakan di perut dan lengan, turut meninggal dunia,” katanya.
Polis kemudian merampas pistol Walther P99 dan selaras HK MP5 daripada suspek.
Beliau berkata, sebelum kejadian dua remaja lelaki dan perempuan masing-masing berusia 22 dan 21 tahun hadir pada 2.30 pagi untuk mendapatkan nasihat mengenai kes mereka dicabul, dua tahun lalu.
“Masa nak buat laporan, suspek terus masuk ke tempat parkir di belakang (balai) dan apabila anggota pergi melihat ke belakang, anggota kita telah pun ditetak dengan parang.
“Jadi kita menahan dua pengadu ini bagi membantu siasatan. Macam tak logik hadir ke balai awal pagi untuk minta pandangan kes dua tahun lalu,” katanya.
Razarudin berkata, hasil serbuan di rumah suspek mendapati kediaman itu banyak ditampal ayat al-Quran dan ‘kita tahu ini adalah ahli JI’.
“Malah ketika bertempur dengan polis, kita dapati suspek telah melakukan persediaan rapi apabila memakai ‘shield’ diperbuat daripada zink, kain dan kertas,” katanya.
Beliau tidak menolak suspek menyerang balai polis berkenaan untuk mendapatkan bekalan senjata daripada polis, yang agendanya masih belum diketahui.
Razarudin berkata beliau mengarahkan semua anggota JI di Johor dikenal pasti dan disiasat.
“Kalau kita boleh menangkap lebih 20 anggota JI ini mungkin perkara ini (dapat selesai).”
Dalam pada itu, beliau turut mengarahkan semua balai polis di Johor dipertingkatkan kawalan keselamatan, selain menaik taraf pencahayaan di balai yang usang.
“Kita akan lihat semula keperluan balai kita, pencahayaan…CCTV memang tak ada,” katanya.
Jemaah Islamiyah adalah dalang di sebalik serangan bom di Bali pada 2002 yang mengorbankan lebih 200 orang. Pengeboman menyasarkan Hotel Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta pada 2009.
Anggotanya dilaporkan menerima latihan ketenteraan di Afghanistan pada 1990-an, dan kumpulan itu didakwa mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda. FMT
Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram ahli Jemaah Islamiyah
Baca Artikel Menarik:
- Dah masuk senarai #Blockout, baru nak terhegeh-hegeh – Ramona Zamzam
- Duit gelap beli hartanah di Dubai
- Azmin kalah kepada Amirudin tiga kali – Adun Bersatu
- Dokumen dedah warga Malaysia beli hartanah di Dubai
- Bersatu pecat, saya bebas – Abdul Rashid
- Datuk Red muflis, saya cari sendiri nafkah
- #Blockout2024: Mira Filzah suruh netizen jaga mulut sikit
- AR Badul terkejut ada 95,000 pengikut TikTok
- Mahathir ‘main’ bangsa lagi
- Komen Halim Othman mengenai pendedahan anak luar nikah
- #Blockout2024: Boikot selebriti tutup mulut
- Fadhlina Sidek gagal?
- Amy keterlaluan – Din Search
- Muaz dilarang masuk Singapura?
- Saya pendosa yang jujur – Aliff Aziz (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz
You must be logged in to post a comment.