Indonesia tuduh Malaysia punca industri semikonduktor mereka lemah

Indonesia tuduh Malaysia punca industri semikonduktor mereka lemah

Malaysia dan Singapura menjadi punca kepada negara Indonesia tidak berdaya maju dalam industri semikonduktor menurut dakwaan Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia, Airlangga Hartarto.

“Singapura dan Malaysia tidak senang melihat industri itu berkembang di Indonesia, makanya mereka memberi tekanan kepada kita dengan membuat ‘bising’ menggunakan badan bukan kerajaan, supaya kita tidak berjaya dalam industri semikonduktor, ini realitinya,” kata Airlangga dalam satu ucapan sempena seminar ekonomi.



Beliau malah menambah lagi, Indonesia sudah hampir berjaya dalam industri tersebut tapi ia tidak bertahan lama selepas pelabur-pelabur antarabangsa mula berpindah ke Malaysia.

“Sejak itu Malaysia telah menjadi kuasa besar dalam industri semikonduktor di Asia Tenggara,” katanya lagi

Menurut catatan Kementerian Perindustrian, Indonesia pernah memiliki kilang pembuatan industri semikonduktor pada tahun 1973.

Industri komponen cip semikonduktor yang merupakan pelaburan daripada dua syarikat multinasional Amerika Syarikat aitu Fairchild Semiconductors dan National Semiconductors.



Bagaimanapun, disebabkan masalah buruh, pelabur kilang semikonduktor memilih untuk berpindah ke Malaysia pada tahun 1985.

Sejak itu, pembuatan semikonduktor Indonesia telah kehilangan tempat kepada Malaysia. Malah, Indonesia telah menjadi pengimport semikonduktor.

Akhbar perniagaan Financial Times yang berpusat di Britain melaporkan berpuluh-puluh syarikat telah menubuhkan operasi di Malaysia dalam tempoh 18 bulan yang lalu.

Terutamanya di Pulau Pinang, seperti gergasi cip Amerika Micron dan Intel, syarikat semikonduktor Eropah AMS Osram dan Infineon, dan Fengshi Metal Technology yang berasal dari Suzhou, China. Vc



Indonesia tuduh Malaysia punca industri semikonduktor mereka lemah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah



Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker