Muaz dilarang masuk Singapura?

Muaz dilarang masuk Singapura?

Selepas berdepan kontroversi menjalinkan hubungan dengan isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah, pelakon Muaz Zabir mendakwa menerima beberapa ancaman termasuk dilarang menjejakkan kaki Singapura.

Mengulas perkara itu, Muaz mendakwa ancaman terbabit dilayangkan terhadapnya melalui mesej ditinggalkan dalam media sosial peribadi, namun enggan terlalu memikirkannya dan memilih untuk melihat daripada sudut positif.



“Ancaman diterima sentiasa ada. Antaranya saya terima mesej meminta tidak datang ke Singapura.

“Perkara itu memang ada, tapi saya lihat daripada sudut positif. Kalau saya datang untuk bekerja, tak ganggu sesiapa dan niat betul, insya-Allah, tiada apa-apa akan berlaku.

“Kita ada undang-undang dan perlembagaan. Kalau pergi ke sana untuk bekerja apa salahnya, saya bukan hendak cari gaduh.

“Saya tidak ingin membabitkan dua negara, tapi cuba untuk meneruskan kehidupan dengan cara terbaik,” dakwanya ditemui pada majlis rumah terbuka dan sambutan ulang tahun ke-25 rumah produksi, Global Station di Kemensah Heights, di sini, baru-baru ini.



Pelakon berusia 27 tahun itu berkata, biarpun menerima pelbagai cemuhan, dia berjaya mengatasinya dengan baik dan tidak bertindak di luar kawalan.

“Cemuhan masih ada, tapi saya tidaklah sampai tertekan atau ada keresahan keterlaluan. Takut itu ada, tapi Alhamdulillah boleh diuruskan.

“Saya tidaklah trauma, tapi ia memberi kesan juga dalam kehidupan saya. Setakat ini, saya tidak sampai tahap membuat laporan polis atau mengupah pengawal peribadi,” katanya.

Bagaimanapun, Muaz mengakui, isu berkenaan memberi impak besar kepada dirinya dan keluarga, malah menegaskan akan lebih berhati-hati dalam setiap tindakan.



“Saya akan cuba berhati-hati di mana pun saya berada supaya boleh berwaspada. Sekarang banyak kes jenayah yang berlaku, jadi sekarang saya cuba jaga diri sendiri.

“Isu ini memberi impak besar dalam kehidupan saya dan keluarga. Apa pun tindakan selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dan tidak menyinggung mana-mana pihak.

“Kita ini manusia yang kadang-kadang terleka dan tak sedar ada buat kesilapan. Saya juga minta tegur jika saya ada buat kesilapan.

“Insya-Allah, saya akan terus berusaha menjadi yang lebih baik dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan,” katanya.



Dalam perkembangan lain, Muaz tampil dengan drama terbaharu bersama Bella berjudul, Leha, Leya Lawa yang sudah ditayangkan secara eksklusif di aplikasi Tonton sejak 29 April lalu.

Selain Muaz dan Bella, drama bersiri 15 episod terbitan Million Pictures Sdn Bhd itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Didi Astillah, Ezaidi Aziz, Hazeeq Dean, Ropie, Amyza Aznan, Fathil Dani dan Carissa Azhar. BH

Muaz dilarang masuk Singapura?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung



Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker