Saya perlukan tujuh peguam – Hafizul

Kes tembak KLIA

Saya perlukan tujuh peguam – Hafizul

“Saya akan beri kerjasama kepada pihak polis,” kata Hafizul Harawi, 38, yang ditahan bagi membantu siasatan dalam kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang kelmarin.

Ucapan tersebut yang diucapkan oleh Hafizul yang kelihatan tenang dan turut memberi salam kepada pihak media sebaik sahaja tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu hari ini.



“Saya akan beri kerjasama kepada pihak polis. Saya memerlukan tujuh peguam dalam kes ini,” ujarnya.

Terdahulu, Hafizul yang memakai baju lokap berwarna ungu dan pelitup muka tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.27 pagi dengan dikawal ketat oleh anggota polis.

Lelaki itu direman tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sebelum ini dilaporkan, seorang lelaki yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1, ditahan di Kota Bharu kelmarin selepas 36 jam diburu polis.



Terdahulu, lelaki tersebut telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian pukul 1.20 pagi pada Ahad lalu.

Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi. K Online

Saya perlukan tujuh peguam – Hafizul

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong



Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker