Lagu Raya ‘Legend’ Ini Rupanya Dinyanyikan Penyanyi Berbangsa India (Video)

Masih ingatkah anda dengan Cenderawasih?

Lagu Raya ‘Legend’ Ini Rupanya Dinyanyikan Penyanyi Berbangsa India

Netizen rata rata terkejut dan teruja rupa rupanya lagu raya legenda ini dinyanyikan oleh penyanyi berbangsa India.

Lagu Bersama Di Hari Raya boleh dianggap antara lagu wajib bagi ramai orang yang merayakan Hari Raya Aidilfitri sebenarnya dibawakan oleh kumpulan Cenderawasih.



Cenderawasih merupakan sebuah kumpulan penyanyi adik beradik yang ditubuhkan pada 1981, dianggotai oleh Helen Savaree dan Irene Savaree.

Kumpulan duo ini memiliki banyak lagu hits termasuk Deritamu Deritaku yang dikeluarkan pada 1984. Sepanjang karier mereka, Helen dan Irene terlibat dalam 3 album di bawah kumpulan Cenderawasih.

Kedua duanya bukan calang calang. Kerana mereka adalah adik beradik yang merupakan graduan dalam pendidikan muzik mereka di Berklee College of Music di Boston.

Di TikTok ramai netizen yang teruja mendapat tahu bahawa pasangan dua beradik ini merupakan pemilik suara di sebalik lagu Bersama Di Hari Raya.



Di ruangan komen ada yang menyatakan mereka benar benar menghargai hasil seni Cenderawasih ini yang dianggap sangat sedap didengar.

Ada yang mahu tahu di mana mereka berdua sekarang ini.

Tak kurang juga kagum denga penyanyi bukan Melayu yang berjaya membawakan lagu bahasa Melayu, lagu raya dengan sangat baik.

Dan ada yang masih lagi melayan lagu raya lama lama seangkatan dengan lagu tersebut kerana dianggap malar segar dan lebih sedap berbanding lagu raya hari ini.



Netizen turut rasa bangga kerana ianya bukti rakyat Malaysia benar benar hidup bermasyarakat.

[videopress v4NPL90X]

Lagu Raya ‘Legend’ Ini Rupanya Dinyanyikan Penyanyi Berbangsa India

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya

Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang



Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh

Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker