Indonesia tempah dua kapal selam

JAKARTA: Indonesia menandatangani perjanjian pada untuk membeli dua kapal selam Scorpene Evolved Full Lithium-Ion (LiB) daripada Naval Group, Perancis dan PT PAL, syarikat pembinaan kapal terbesar di Indonesia.

Kapal selam itu akan dibina di Indonesia di limbungan kapal PT PAL, menggunakan pemindahan teknologi daripada Naval Group dan menggunakan sepenuhnya aset PT PAL.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Naval Group, Pierre Éric Pommellet melahirkan keyakinan terhadap pilihan Indonesia, sambil menyatakan potensi kapal selam itu untuk memperkukuh kedaulatan maritim negara berkenaan.

“Kerjasama strategik kami dengan PT PAL juga akan menyokong industri pertahanan Indonesia untuk secara aktif mempersiap masa depan peperangan tentera laut di negara ini,” katanya dalam kenyataan, Selasa.

Presiden PT PAL, Dr Kaharuddin Djenod memuji komitmen kerajaan Indonesia untuk memajukan teknologi pertahanan kejuruteraan tempatan, terutamanya dalam teknologi kapal selam.

“Pada masa akan datang, Indonesia dijangka mampu menguasai teknologi kapal selam,” katanya.

Selain daripada dua kapal selam Scorpene Indonesia, Naval Group mempunyai 14 unit lain yang beroperasi atau sedang dalam pembinaan di seluruh dunia, termasuk untuk Tentera Laut Chile, Tentera Laut Malaysia, Tentera Laut Brazil dan Tentera Laut India.

Kapal selam Scorpene Evolved mempunyai ciri-ciri untuk meningkatkan keupayaan maritim, dengan anjakan permukaan 1,600 hingga 2,000 tan dan kelajuan tenggelam lebih 20 knot.

Dengan 31 kru dan sistem senjata canggih, ia memastikan ketersediaan operasi di laut selama lebih dari 240 hari setahun. – BERNAMA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk

Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024

‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker