Wanita dakwa suara bilal ganggu kejiranan, masjid buat laporan polis

Wanita dakwa suara bilal ganggu kejiranan, masjid buat laporan polis

GEORGETOWN: “Memang insiden itu berlaku di masjid ini beberapa hari lalu, namun saya harap orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri.

“Laporan polis sudah dibuat dan waris wanita itu juga sudah menghubungi saya. Jadi semua tindakan kami serah kepada polis,” kata Pengerusi Kariah Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi, Ismail Din.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai beberapa rakaman video yang tular di laman sosial, memaparkan seorang wanita masuk ke ruang solat lelaki Masjid Jamek Ar-Rahman dan bertanyakan soalan dianggap kurang sopan.

Menerusi hantaran yang tular itu, wanita terbabit dikatakan bertanya ‘siapakah bilal dan imam yang sedang menyalak seperti anjing, membaca selawat dan bacaan al-Quran itu? Bacaannya seperti syaitan bersuara sumbang, menyalak seperti anjing gila’.

Menurut Ismail, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, 12 Mac lalu itu, wanita berkenaan dengan berpakaian tidak menutup aurat terdahulu memberitahu seorang jemaah mengenai suara bacaan bilal dan imam terlalu kuat sehingga mengganggu kejiranan.

“Wanita berkenaan datang sendirian dan kebetulan ketika itu kebanyakan jemaah melakukan solat sunat witir serta hampir selesai.

“Pada mulanya saya tidak mahu panjangkan hal berkenaan namun apabila insiden itu tular di media sosial, pengurusan masjid terpaksa membuat laporan polis bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Ismail berkata, ini adalah kali ketiga wanita itu meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan suara bacaan bilal dan imam Masjid Jamek Ar-Rahman.

Sebelum ini, beliau berbuat demikian menerusi surat yang dihantar kepada siak masjid.

Katanya, wanita terbabit mendakwa laungan azan Subuh di masjid itu mengganggu jiran yang sedang tidur.

“Tiada laporan polis dibuat ketika itu dan kami sudah pun memastikan penggunaan pembesar suara tidak mengganggu kejiranan.

“Namun ketika hari kejadian, kami dapati wanita terbabit seakan-akan mempunyai masalah kesihatan berkaitan mental. Kerana itulah laporan polis tidak dibuat sehinggalah ia tular di media sosial, barulah laporan dibuat,” katanya.

Menurut Ismail, beliau turut dihubungi kakak kepada wanita itu dan mendakwa adiknya memang mempunyai masalah kesihatan berkaitan mental selepas pulang dari luar negara.

“Wanita itu mendakwa adiknya sebelum ini seorang yang taat kepada agama dan sering menaja individu bagi menunaikan umrah.

“Dia kemudian menetap di London sebelum mengalami gangguan kesihatan mental sebaik pulang ke tanah air.

“Bagi kejadian ini, saya berharap orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri dan bertenang serta serahkan kepada polis.

“Kami juga tiada tindakan susulan, cuma merancang mahu mengadakan majlis pertemuan supaya dia boleh membuat permohonan maaf dan merapatkan kembali ukhwah kedua-dua pihak.

“Kami faham dia ‘sakit’ dan tidak mahu ia berlarutan, cuma biar sahaja pihak berkuasa jalankan tindakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

“Laporan dibuat pada 15 Mac lalu di Balai Polis Batu Feringghi dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, di sini. BH

Wanita dakwa suara bilal ganggu kejiranan, masjid buat laporan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker