Stoking kalimah Allah: Maaf saja tak cukup, Pemuda Umno beritahu DAP
Stoking kalimah Allah: Maaf saja tak cukup, Pemuda Umno beritahu DAP
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mengingatkan rakan sejawatnya daripada DAP Dr Kelvin Yii, permohonan maaf tidak mampu “menutup buku” berhubung kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah di rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart.
Adun Merlimau menegaskan kefahaman segelintir pihak yang menganggap isu kalimah suci itu sebagai “remeh-temeh” menjadi punca orang Islam lebih marah.
“Ini isu yang serius. Disebabkan pemahaman sebegini yang menyatakan isu ini remehlah antara faktor memecahkan perpaduan.
“Bukan hanya boleh selesai dengan ucapan maaf sahaja. Ia mesti diambil tindakan yang keras supaya menjadi pengajaran kepada semua,” katanya kepada FMT, sambil menegaskan perpecahan antara kaum berpunca daripada pihak yang tidak peka terhadap sensitiviti agama.
Semalam, Yii yang juga Ahli Parlimen Kuching berkata beliau memahami sensitiviti penggunaan kalimah suci itu namun menggesa Pemuda Umno tidak keterlaluan mengancam untuk memboikot perniagaan kedai serbaneka itu.
Katanya, tindakan itu akan memburukkan lagi ekonomi tempatan, selain memecah-belahkan kepelbagaian budaya dan kaum.
“Kita tidak boleh bersikap reaktif terhadap isu, dan sebagai pemimpin muda, kita mesti membawa politik dan dasar matang yang menyatukan dan menggalakkan integrasi sosial, bukan membuat ancaman yang memecahbelahkan kita,” kata Yii dalam kenyataan.
Sebelum itu, Akmal mewakili Pemuda Umno memberi tempoh dua hari kepada pengurusan KK Super Mart untuk memasang kain rentang di semua 881 cawangan kedai serbanekanya di seluruh negara agar memohon maaf atas penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Beliau berkata, pihaknya akan memulakan boikot lebih kuat terhadap KK Super Mart jika pengurusan kedai serbaneka itu gagal mematuhi tuntutan itu.
Sabtu lalu, KK Super Mart memohon maaf dan kesal dengan insiden penjualan stoking tertera tulisan kalimah Allah di rangkaiannya.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, KK Chai, dilaporkan berkata insiden itu sesuatu yang tidak dijangkakan oleh pihaknya. FMT
Stoking kalimah Allah: Maaf saja tak cukup, Pemuda Umno beritahu DAP
Baca Artikel Menarik:
- ‘Baba makanlah, Allah jaga kami, jangan risau’
- Isteri terpaling cantik, suami paling bertuah
- Makbul doa isteri Konstabel Iskandar
- Kerbau albino paling mahal dijual RM2.3 juta
- Risteena mahu saman netizen fitnah Ruhainies
- TRX akan jadi pemacu transformasi, cipta pekerjaan
- Kurma butter, elok atau bawa penyakit?
- Pearly-Thinaah kejutkan pasangan nombor satu dunia
- Aliff Aziz beri penjelasan apa yang terjadi
- Pisah dengan Syed Saddiq jika sertai jelajah PN – ahli Muda
- Diana Danielle tak paksa anak berpuasa, mudah kasihan
- Jualan global McDonald’s dijangka terus merosot suku ini
- Kempen boikot bazar Ramadhan
- ‘Buang’ Ruhainies, ‘lock’ Bella, A Aida beri 3 naskah sekali gus
- Stop Play Victim Ruhainies – Netizen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka