Lelaki maut dalam perjalanan beli murtabak buat ibunya

Lelaki maut dalam perjalanan beli murtabak buat ibunya

Hasrat seorang lelaki memenuhi keinginan ibunya menikmati martabak sebagai juadah berbuka tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan di KM 3, Jalan Bota Kiri – Tanjung Belanja, di sini petang semalam.

Mangsa Megat Azman Megat Yahaya, 40, meninggal dunia di lokasi selepas motosikal jenis Honda RS150 yang dinaikinya melanggar bahagian hadapan sebuah jip jenis Suzuki Jimny sekitar jam 5 petang Ahad.

Perkongsian yang dimuat naik anak saudaranya di laman Facebook memaklumkan bapa kepada empat cahaya mata itu, dikatakan dalam perjalanan membeli martabak buat neneknya.

Ujar beliau, Allahyarham merupakan seorang anak yang baik terhadap ibunya kerana sering pulang setiap minggu dari Sungai Buloh, Selangor ke Parit bagi memastikan keperluan syurganya itu tidak terabai.

“Selamat tinggal, anak yang baik kepada ibunya, tiap minggu arwah pulang kampung untuk tengok keperluan ibunya dari Sungai Buloh ke Parit.

“Kemalangan semasa nak pergi beli opah saya (ibu arwah) martabak dan sampai kehujung hayat berbakti kepada orang tuanya,” kongsinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah ketika dihubungi MG Perak memaklumkan, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurut beliau, kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu jip yang dipandu seorang warga emas berusia 82 tahun dari arah Bota Kiri menuju ke Tanjung Belanja bertindak memasuki persimpangan kanan jalan.

“Apabila tiba di lokasi kejadian pemandu jip berkenaan dipercayai hendak masuk ke simpang kanan jalan lalu dilanggar mangsa yang menunggang motosikal di bahagian fender hadapan sebelah kiri kenderaan berkenaan.

“Bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa di Unit Forensik Hospital Changkat Melintang mendapati punca kematian disebabkan kecederaan otak traumatik yang teruk selaras dengan kemalangan bermotor,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 manakala suspek dibebaskan dengan jaminan atas faktor usia. MG

Lelaki maut dalam perjalanan beli murtabak buat ibunya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker