Batal puasa sekiranya terjilat gincu dan pelembab bibir?

Batal puasa sekiranya terjilat gincu dan pelembab bibir?

PEMAKAIAN gincu sudah menjadi perkara biasa bagi kaum wanita yang sukakan kecantikan. Pelembab bibir pula bukan sekadar dipakai kaum wanita, tetapi juga kaum lelaki kerana ia merupakan produk rawatan bibir kering.

Namun, apa pula hukum memakai gincu dan pelembab bibir ketika berpuasa? Kita sebagai manusia kadang-kadang mempunyai tabiat menjilat dan mengemam bibir. Tabiat ini pula ada masanya dilakukan secara tidak sedar.

Berkaitan persoalan itu, baru-baru ini seorang penceramah bebas, Mohamad Wadi Annuar Ayub atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar dalam ciapannya di X, menjelaskan bahawa pemakaian gincu semasa berpuasa adalah makruh kerana kalau terjilat atau tertelan, puasa seseorang itu boleh terbatal.

Ciapan tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang masih kurang jelas mengenai pemakaian gincu ketika berpuasa. Malah ada juga yang bimbang adakah puasa mereka sebelum ini tidak sah kerana memakai alat solek itu.

Hukum memakai alat solek di bibir dan merasa makanan ketika berpuasa

Merujuk kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum penggunaan gincu pada siang hari ketika berpuasa tidak membatalkan puasa selagi ia tidak tertelan dan masuk ke dalam rongga. Sekadar terdapat rasa di bibir, ia tidak membatalkan puasa.

Situasi rasa gincu atau pelembab bibir di lidah ini boleh disamakan dengan rasa masakan ketika berpuasa. Apabila seseorang merasa makanan, sudah pasti ia akan memberikan kesan rasa pada lidah.

Berikut adalah fatwa Ibnu ‘Abbas R.Anhuma mengenai merasa makanan yang menyebutkan:

لَا بَأْسَ أَنْ يَذُوقَ الْخَلَّ أَوِ الشَّيْءَ، مَا لَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَ صَائِمٌ

Maksudnya: “Tidak mengapa untuk merasa cuka atau yang lainnya, selagi tidak memasuki tekaknya dan dia sedang berpuasa”.

Riwayat Ibnu Abi Syaibah di dalam Musannafnya (9277).

Selagi dia tidak menelannya maka puasanya masih sah, begitu juga keadaannya bagi gincu dan pelembab bibir. Sekadar terdapat rasa sahaja, ia tidak akan membatalkan puasa melainkan dia menelannya. Namun jika tertelan, puasanya akan terbatal.

Justeru, sekiranya terjilat gincu dan merasa makanan ketika memasak, anda dikehendaki untuk berkumur. Tetapi setelah berkumur masih terdapat saki-baki air di dalam mulut dan jika tertelan bersama air liur maka ia tidak membatalkan puasa kerana ia sukar untuk dielakkan. [Lihat Rad al-Muhtar, 2/98]

Berkumur yang dimaksudkan di sini adalah secara tidak berlebih-lebihan kerana sedang berpuasa.

Seperti juga bersugi, bersiwak dan memberus gigi ketika berpuasa. Para fuqaha (ilmuwan dalam bidang fiqh) bersepakat bahawa memberus gigi ketika berpuasa adalah harus kerana ia sebahagian daripada kebersihan. Dalam Islam pula kebersihan itu perkara yang perlu dititikberatkan.

Begitu juga penggunaan ubat gigi. Jika diperhatikan semasa memberus gigi, bersiwak dan sebagainya pasti akan terdapat sisa rasa ubat gigi pada lidah. Namun jika tidak ditelan, ia tidak akan membatalkan puasa.

Kesimpulannya, anda boleh memakai pelembab bibir ketika berpuasa kerana seperti yang kita tahu, bibir kita menjadi kering sepanjang tempoh berpuasa.

Namun bagi gincu pula, sekiranya tidak ada keperluan, tidak perlu memakai gincu yang berlebihan kerana memakai gincu untuk memperlihatkan kepada orang lain dalam keadaan berlebih-lebihan (tabarruj) adalah amat tidak digalakkan di dalam Islam. Tetapi untuk tatapan suami, ia dibenarkan sebagai berhias diri.

Batal puasa sekiranya terjilat gincu dan pelembab bibir?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker