Permit masuk hutan simpan kekal di Perak dibeku kerana ‘Geng 4×4’

IPOH: Jabatan Perhutanan Perak mengeluarkan notis arahan pembekuan kelulusan permit memasuki empat hutan simpan kekal (HSK) di daerah Hulu Perak bagi tujuan rekreasi berkuat kuasa serta-merta.

Pengarahnya, Basri Abdul Manaf berkata, tempoh pembekuan selama tiga bulan itu bermula semalam hingga 15 Jun ini bagi tujuan penguatkuasaan dan kawalan terhadap sumber hutan.

Katanya, empat hutan ialah Hutan Simpan Amanjaya, Hutan Simpan Banding, Hutan Simpan Temengor dan Hutan Simpan Gerik.

“Semua pemberian Permit Memasuki Hutan Simpan Kekal bagi tujuan rekreasi seperti aktiviti pacuan empat roda, ‘motocross’, basikal lasak, memancing dan lain-lain lagi kita telah bekukan sejak semalam.

“Sebarang ketidakpatuhan terhadap arahan ini atas risiko sendiri dan boleh disabitkan mengikut Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu. media melaporkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan bahan letupan bagi menangkap ikan, termasuk kelah, iaitu spesies ikan dilindungi di kawasan pertemuan Kuala Sungai Mangga dan Sungai Senga, Hutan Simpan Temengor, Hulu Perak yang tular di media sosial.

Perbuatan itu didakwa dilakukan sekumpulan individu sedang melakukan aktiviti berkaitan pacuan empat roda di kawasan hutan simpan itu sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Salbiah Mohamed yang juga Adun Temengor membuat laporan di IPD Gerik hari ini.

“Saya berasa amat sedih dan kecewa atas sikap dan kejadian yang tidak boleh diterima ini kerana ia merosakkan ekosistem ikan kelah yang merupakan spesies dilindungi.

“Kita menentang sekeras-kerasnya aktiviti seumpama ini dan menjadi keutamaan saya untuk kekang perkara seperti ini daripada berulang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker