Jual kurma dari Israel, syarikat Matahari mohon maaf

Jual kurma dari Israel, syarikat Matahari mohon maaf

Syarikat pengimport dan pengedar makanan organik, Matahari Sdn Bhd memohon maaf susulan rampasan pek kurma yang dijual syarikat itu oleh Jabatan Kastam kerana diimport dari Israel.

Syarikat itu berkata, pada Jun 2022 pihaknya menerima penghantaran pelbagai jenis makanan termasuk kurma dari Greece dan perlu melabelkan setiap produk dengan maklumat termasuk negara asalnya untuk memenuhi sijil makanan organik.



“Sijil yang diberikan oleh pengedar kami menyatakan kurma itu berasal dari Israel atau wilayah Palestin yang dijajah.

“Kerana terlepas pandang dan tidak sensitif dengan isu itu (Palestin), kami terus melabelkan produk termasuk meletakkan Israel sebagai negara asal,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, syarikat itu hanya menyedari kesilapan tersebut selepas isu itu tular di media sosial dan dihubungi untuk mendapatkan komen.

“Kami segera menghubung peruncit kami dan menarik semula produk itu.



“Kami ingin menegaskan Matahari bukan sengaja mengimport produk itu atau menjalankan sebarang perniagaan dengan Israel dan melanggar sebarang peraturan,” katanya.

Menurutnya, syarikat itu juga akan menyemak semula proses rantaian bekalan dan mematuhi sebarang cadangan daripada pihak berkuasa untuk mengelak perkara seperti itu berlaku lagi.

Semalam, media melaporkan Jabatan Kastam merampas 73 pek kurma “Organic Jumbo Medjool Dates” dipercayai dari Israel.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Sazali Mohamad, berkata 14.6kg kurma bernilai RM678 itu dirampas di sebuah gudang sekitar Klang.



Beliau berkata, serbuan oleh Bahagian Penguatkuasaan Kastam Zon Tengah II Selangor itu menyusul video tular di media sosial berkaitan sebuah premis menjual kurma yang disyaki produk Israel. FMT

Jual kurma dari Israel, syarikat Matahari mohon maaf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah



Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama

A Aida ‘blacklist’ Ruhainies



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker