Tyzo cetek ilmu agama, tak malu bertanya

Tyzo cetek ilmu agama, tak malu bertanya

Penyampai radio IKIMfm, Tyzo tidak kisah jika ada yang menganggapnya kurang pengetahuan ketika menemubual tetamu undangan untuk slot Inspirasi Pagi kendaliannya itu.

Mengulas lanjut perkara itu, Tyzo atau nama sebenar, Tuah Zolqarnain Idris menyifatkan perkara itu sebagai cabaran perlu dihadapi untuk penyampai baharu sepertinya.

“Selepas tiga hari menjadi penyampai IKIMfm, saya menerima pelbagai reaksi dalam media sosial. Ada yang boleh terima, ada juga yang tak suka.

“Apabila mengendalikan slot pagi, saya bersama dua rakan setugas perlu menemubual tetamu hebat seperti doktor pakar, golongan agamawan dan sudah tentu, ia satu pengalaman baharu buat saya.

“Satu perkara diakui, saya cetek dalam bidang agama dan ketika menjalankan tugas ada juga dengar perkataan dalam bahasa Arab yang saya tak faham maksudnya.

“Bila itu berlaku, saya tak malu bertanya maksudnya walaupun ketika ‘on air’. Memang ada yang pertikaikan tindakan saya.

“Ini kerana sebagai penyampai, saya kena tahu dan perlu sentiasa bersedia. Dalam situasi ini, saya lebih suka meletakkan diri sebagai orang biasa.

“Tak perlu nak jadi orang yang bodoh sombong kerana pendengar IKIMfm terdiri daripada pelbagai golongan.

“Mungkin dengan cara saya boleh mendapat manfaat dan lebih memahami topik dibincangkan,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi pengalaman selepas tiga hari bersiaran, pemenang trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu bersyukur dapat menyesuaikan diri meskipun pernah berasa sangsi dengan keputusan menyertai stesen radio itu.

“Jujurnya, saya sendiri tertanya apakah keputusan yang dibuat ini tepat, sebelum beberapa hari memulakan tugas. Bayangkan 25 tahun saya buat hiburan, tiba-tiba berubah kepada stesen berkonsepkan Islamik.

“Saya sedar ramai yang ingin melihat sejauh mana saya mampu bertahan dan bagi saya, itu perkara normal. Dalam kerjaya apapun, kita tiada jaminan untuk terus bertahan.

“Namun, setakat ini, saya gembira dengan tugas saya dan dapat menyesuaikan diri dengan cepat bersama rakan setugas. Masing-masing ada cara tersendiri dan mereka menerima saya seadanya.

“Saya masih mengekalkan cara saya sebelum ini, cuma tidaklah keterlaluan,” jelas Tyzo ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan di Restoran Puteri Penchala, di sini, malam tadi.

Terdahulu, Tzyo mengumumkan menyertai IKIMfm dan akan mengendalikan slot Inspirasi Pagi berganding dengan penyampai asal slot berkenaan iaitu Suffian Amrin dan Luqman Hakim.

Pada 12 Januari lalu, Tyzo mencetuskan kontroversi apabila khidmat sebagai penyampai radio Suria FM, diumumkan berakhir, selepas lapan tahun. BH

Tyzo cetek ilmu agama, tak malu bertanya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama

A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker