Papar diisytihar bencana kemarau

Papar diisytihar bencana kemarau

KOTA KINABALU: Daerah Papar diisytiharkan sebagai kawasan bencana kemarau bermula hari ini berikutan krisis bekalan air akibat kemarau melanda kawasan tersebut sejak beberapa minggu lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Papar dalam kenyataan, memaklumkan pengisytiharan itu dibuat berdasarkan laporan dan maklumat diperoleh di lapangan yang diterima agensi dalam jawatankuasa tersebut.



Tindakan telah diambil oleh JPBD Papar untuk menangani masalah bekalan air di daerah itu antara lain dengan pengagihan air secara berjadual kepada penduduk menggunakan lori tangki air daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Majlis Daerah Beaufort dan bomba.

JANS Papar akan memberi keutamaan kepada hospital, rumah ibadat, rumah warga tua dan sekolah, Majlis Daerah Papar memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan perumahan, manakala pejabat Parlimen Papar membekalkan air di kawasan perkampungan.

Sementara itu Pengerusi JPBD Papar, Mohd Fuad Abdullah yang juga pegawai daerah Papar ketika dihubungi, meminta semua penduduk supaya bertenang dan memahami pengisytiharan itu adalah untuk bencana kemarau dan bukan pengisytiharan darurat.

Beliau berkata pengisytiharan, yang dilakukan mengikut peraturan sedia ada, itu perlu dilakukan bagi memastikan tindakan segera dan berkesan dapat diambil bagi membantu penduduk yang terkesan akibat bencana kemarau itu.



“JPBD Papar akan pastikan bekalan air dihantar menggunakan lori tangki air kepada penduduk dan mereka yang memerlukan,” katanya yang turut meminta mereka yang terjejas untuk menghubungi JPBD Papar untuk bantuan lanjut. FMT

Papar diisytihar bencana kemarau

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah



Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama

A Aida ‘blacklist’ Ruhainies



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker