Mandi punya pasal…
Mandi punya pasal…
PAPAR: Ada penduduk di sini terpaksa mandi di sungai walaupun sedar ada buaya.
Ia berikutan masalah bekalan air kritikal di daerah ini kini sudah hampir sebulan, menyebabkan penduduk tiada pilihan untuk membersihkan diri kecuali mandi sungai.
Penduduk Kampung Kuala Dalam, Muhammad Shukri Abd Gani, 33, berkata sejak hampir sebulan lalu, bekalan air tidak sampai ke rumahnya yang dihuni 13 orang.
“Kalau waktu Subuh, adakala ada air, adakala langsung tiada air. Lori hantar air pernah masuk sekali saja, itupun hanya dapat satu tong sahaja.
“Dua hari lalu, waktu Subuh, langsung tiada air di rumah kerana simpanan sudah habis, terpaksa mandi di sungai walaupun ada buaya,” katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Penduduk Kampung Kuala, Adinin Awang Damit, 63, berkata sudah tiga minggu rumahnya tiada bekalan air walaupun telah dipasang pam air, sekali gus memaksa mereka mencari air di sekitar pekan Papar.
“Kadangkala terpaksa ambil air di rumah ahli keluarga di kampung lain yang mempunyai bekalan air pada waktu malam. Saya ada tujuh ahli keluarga di rumah termasuk cucu. Air yang ada tak cukup (untuk keperluan seharian), walaupun ada tangki.
“Kalau untuk minum, hanya cukup untuk dua hari. Kadangkala kami terpaksa mandi sekali sahaja sehari, cuma kanak-kanak mandi dua kali sehari, itupun terpaksa berjimat air. Kadang-kala kami terpaksa ambil air laut di Pantai Manis untuk bekalan,” katanya.
Jiran sekampungnya, Rahmah Bandul, 29, walaupun bukan kali pertama berdepan masalah air, keadaan kali ini amat kritikal dan mereka terpaksa bergantung kepada bekalan dihantar lor tangki atau mengambil air di masjid.
“Sebelum ini masih boleh tunggu bekalan waktu malam untuk menyimpan air, tapi lima enam hari lalu, bekalan langsung tiada. Terpaksa beli dua karton air dan mengisi dua tong air setiap hari dari mesin air di pekan, satu tong bayar 80 sen hingga RM1.
Berikutan krisis bekalan air kritikal dihadapi sejak beberapa minggu lalu, Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) mengisytiharkan Papar sebagai daerah dilanda bencana kemarau, semalam.
Media sebelum ini melaporkan Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya dilapor berkata, gangguan air di beberapa kawasan di sini kerana Loji Rawatan Air (LRA) Limbahau tidak dapat beroperasi.
Ia disebabkan tahap kemasinan air sungai terlalu tinggi dan tidak dapat diproses selain faktor kemarau berpanjangan. BH
Mandi punya pasal…
Baca Artikel Menarik:
- Bella Astillah minta cerai
- Kastam rampas 73 pek kurma disyaki dari Israel
- Puteri Sarah Kongsi Keadaan Terkini Bella Astillah Yang Agak Membimbangkan
- Amelia Christie Akhirnya Sahkan Tak Ada Hubungan Lagi Dengan Sharnaaz Ahmad
- Aaron Aziz dapat duit raya ihsan scammer
- Netizen bersorak tiada lagu raya Aliff Syukri tahun ini
- Sophia Albarakbah dah kahwin senyap-senyap?
- Kelab bolasepak Indonesia gunakan nama Israel FC
- Kejam! Wanita Rohingya, anak dibakar di taman permainan di Cheras
- Geng plastik hitam tinggalan Mamat Khalid disambung Amen
- Bella Astillah tarik diri
- Bella jual batang buruk
- Ellie Suriaty sekolahkan Ruhainies
- Bekas orang kuat Muhyiddin sertai PKR
- Kurma Butter bawa penyakit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama
You must be logged in to post a comment.