Suspek pecah masuk kedai emas diburu

Suspek pecah masuk kedai emas diburu

Jempol: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian pecah masuk sebuah kedai emas di Bahau, dekat sini pada 8 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, terdahulu polis menerima laporan kejadian daripada pekerja kedai emas terbabit yang menyedari premis berkenaan dipecah masuk pada 10 pagi.



Katanya bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan siasatan dan berjaya menangkap seorang suspek pada 4.30 petang hari yang sama di sekitar Jempol.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi rakan yang masih bebas.

“Suspek masuk ke dalam premis dengan memanjat bumbung dan memecahkan siling kedai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hoo berkata, jenayah itu dilakukan di antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi pada 8 Mac.



Katanya siasatan polis dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kedua-dua suspek datang ke kedai berkenaan pada 7 Mac untuk menjual jongkong emas namun tidak dilayan berikutan emas itu didapati palsu.

Katanya, polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan suspek yang masih bebas dan dikenali Danial, 19 tahun dari Machap, Melaka.

Maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes Sarjan Aishah Jamaludin dengan menghubungi talian 06-4582222 . HM

Suspek pecah masuk kedai emas diburu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis



Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?

Bukan tangkap basah – Ruhainies



Netizen serang IG Risteena

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker