Tyzo yang baru di IKIMfm

Tyzo yang baru di IKIMfm

Dua bulan hilang daripada radar penyiaran radio, suara pemenang trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Tyzo Xander bakal bergema di ruang udara IKIMfm, mulai Isnin ini.

Melalui pengumuman IKIMfm, Tyzo atau nama sebenar, Tuah Zoqarnain Idris akan mengendalikan slot Inspirasi Pagi berganding dengan dua penyampai asal iaitu Luqman Hakim dan Suffian Amrin.



Sebagai penyampai yang terkenal dengan ciri ‘gila-gila bahasa’, nakal dan kuat mengusik pendengar ketika bersama Suria FM, penyertaan Tyzo ke stesen radio berkonsepkan Islamik itu mencetuskan tanda tanya pelbagai pihak.

Malah, ada pihak sangsi dengan kemampuan Tyzo meneruskan survival di stesen radio baharu itu.

Tidak cepat melatah dengan persoalan dibangkitkan, Tyzo meletakkan tugasnya sebagai penyampai radio sama seperti seorang pelakon yang perlu mempelbagaikan karakter.

“Sebenarnya, tidak banyak beza tugas saya di IKIMfm dengan stesen radio lama. Di sini, pendengar masih perlukan hiburan. Cuma, cara penyampaian berbeza.



“Sebelum ini, cara penyampaian saya banyak dipengaruhi rakan gandingan. Untuk mengendalikan slot pagi, bermakna saya kena kaji dahulu karakter gandingan. Daripada situ, saya boleh dapatkan rentak sesuai supaya kami dapat serasi di konti.

“Bagi saya, penyampai radio adalah pelakon drama terbaik radio. Saya kena beri yang terbaik untuk kerja saya,” katanya ditemui pada majlis sidang media Penjenamaan Semula & Pelancaran Logo IKIM di Kompleks Nasrul Quran, Putrajaya, baru-baru ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Ketua Pengarah Insititut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil.

Berkongsi lanjut mengenai tawaran IKIMfm, Tyzo memberitahu, keputusan itu dibuat selepas dia pulang daripada mengerjakan ibadat umrah.



“Selepas tidak lagi bertugas, saya mula mencari kerja dan dipertemukan dengan pihak pengurusan IKIMfm. Dari situ, perbincangan mula dibuat hinggalah saya tunaikan umrah.

“Di Tanah Suci, saya berdoa kepada Tuhan. Saya berdoa jika kerjaya sebagai penyampai radio mampu memberi manfaat kepada orang lain, berikanlah rezeki untuk saya teruskan karier ini.

“Namun, jika sebaliknya, saya mohon supaya diberi rezeki dalam bidang lain yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

“Mungkin apa yang saya dapat ini adalah satu petunjuk daripada Allah SWT,” katanya.



Tyzo turut mengakui kontroversi menimpa ekoran pemberhentian kontrak Suria FM membuka matanya bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang.

“Selepas apa yang berlaku sebelum ini, kehidupan saya berubah 180 darjah. Saya mula diberi kepercayaan dan peluang untuk mengendalikan program televisyen (TV).

“Perkara ini mengajar saya untuk tidak boleh bersedih atas setiap kejadian kerana Allah ada percaturan-Nya.

“Saya bayangkan mungkin selepas apa yang berlaku, saya tidak berada dalam dunia penyiaran lagi. Namun, itu tidak terjadi, luah Tyzo.



Mohamed Azam yakin Tyzo mampu menjalankan tugas sebagai penyampai IKIMfm dengan baik biarpun mempunyai latar belakang berbeza.

“Imej berbeza tidak semestinya memberi gambaran Tyzo tidak sesuai untuk mengendalikan stesen radio berkonspkan Islam.

“Sesuai dengan penjenamaan baharu IKIMfm, kami melihat Tyzo ada misi dan vizi yang sama. Tyzo mahu membantu stesen radio ini untuk terus berkembang.

“Lagipun, Tyzo pernah cakap kesediaan menjadi keluarga IKIMfm adalah antara doa yang dipanjatkan di Makkah.



“Saya anggap ini adalah suatu perjalanan pendidikan buat Tyzo. Seorang deejay bukan sahaja boleh membantu berdakwah melalui stesen radio, tetapi, stesen radio juga boleh berdakwah kepada deejay,” katanya.

Ditanya apakah Tyzo meletakkan syarat tertentu sebelum bersetuju menyertai keluarga IKIMfm, Mohamed Azam berkata, apa yang ditetapkan adalah perkara asas yang perlu dipatuhi semua kakitangan stesen radio terbabit.

“Secara umum, sebagai stesen radio Islam kenalah jaga perwatakan supaya tidak boleh lari dari imej baik. Kami beri Tyzo garis panduan dan beliau menerimanya,” katanya. BH

Tyzo yang baru di IKIMfm

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat

‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys

Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker