Pertarungan Tyson-Paul di Netflix

Pertarungan Tyson-Paul di Netflix

Jake Paul akan menentang bekas juara heavyweight dunia Mike Tyson bagi perlawanan tinju yang disiarkan secara streaming pada 20 Julai depan di Stadium AT&T di Arlington, Texas.

Netflix, yang akan menyiarkan pertarungan itu, membuat pengumuman semalam bersama syarikat Paul, Most Valuable Promotions.

Paul, 27, menjadi terkenal di YouTube sebelum beralih ke arena tinju.

Tyson, 57, mengalahkan Trevor Berbick pada November 1986 untuk merangkul kejuaraan heavyweight Majlis Tinju Dunia (WBC) pada usia 20 tahun.

Pertarungan terakhir buat Tyson (50-6, 44 KO) hadir pada 28 November 2020, dalam satu pertarungan pertunjukan dengan Roy Jones Jr Paul (9-1, 6 KO) dan berakhir dengan keputusan seri.

Tyson tidak bertinju secara profesional sejak 2005 dan ESPN melaporkan perlawanan itu belum diklasifikasikan sama ada sebagai satu pertunjukan atau pertarungan profesional.

“Dia meningkat hebat sebagai seorang peninju sejak beberapa tahun lalu, jadi menarik untuk dilihat apa yang boleh dilakukan oleh keinginan kuat dan impian seorang ‘budak’ dengan pengalaman dan kebolehan seorang GOAT,” kata Tyson mengenai Paul.

“Ia detik yang akan menjadi luar biasa untuk ditonton ketika saya menyaksikan permulaan perjalanan tinjunya ketika saya bertarung dengan Roy Jones dan sekarang saya merancang untuk membelasahnya.”

Paul mengalahkan bekas bintang UFC, Nate Diaz dan Anderson Silva dalam pertarungan tinju. Dia akan bertanding menentang Tyson sebagai pilihan utama.

“Gila untuk memikirkan dalam pertarungan pro kedua, saya menjadi tular kerana mengalahkan Nate Robinson pada pentas sama Mike Tyson bertarung,” kata Paul. BH

Pertarungan Tyson-Paul di Netflix

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat

‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys

Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker