Miji Cromok meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas pemain dram band ‘thrash metal’, Cromok, iaitu Miji, 58, meninggal dunia dipercayai akibat kanser hati tahap empat di Pasir Mas, Kelantan, pada jam 10.40 malam tadi.

Berita pemergian Allahyarham Miji atau nama sebenarnya, Tarmizi Mokhtar dikongsi pemain gitar band berkenaan, iaitu Karl melalui hantaran di Facebook (FB), malam tadi.

“Dengan penuh kesedihan dan rasa kehilangan yang mendalam, kami ingin memberitahu bahawa Tarmizi Mokhtar (Miji Cromok) kembali ke Rahmatullah pada 6 Mac 2024 jam 10.40 malam.



“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” tulis Karl.

Melalui hantaran terbaharu, Karl memberitahu, Allahyarham Miji akan disolatkan di kediamannya di Pasir Mas dan dikebumikan selepas Zohor di tanah perkuburan Islam berhampiran.

“Jenazah sekarang berada di Kampung Jias, Pasir Mas. Sembahyang jenazah di rumah manakala majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Lemal selepas Zohor hari ini,” katanya.

Karl mengajak orang ramai untuk hadir memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham Miji.



“Kami mengundang anda semua untuk turut serta dalam doa dan memberi sokongan kepada keluarga Almarhum pada masa kesedihan ini.

“Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada keluarga untuk menghadapi dugaan ini dengan sabar dan reda.

“Pada yang berkesempatan kami berharap agar dapat menyertai perjalanan terakhir ini sebagai tanda penghormatan kepada arwah,” katanya.

Sebelum ini, Karl melalui hantaran FB memaklumkan, Allahyarham Miji dirawat di hospital akibat kanser hati tahap empat. Karl memohon peminat Cromok memanjatkan doa supaya sahabatnya itu kuat berdepan ujian.



Oktober lalu, ketika Konsert Ulang Tahun ke-30 Cromok – Forever In Time di Zepp Kuala Lumpur, mereka mengumumkan pengunduran Allahyarham Miji daripada Cromok akibat masalah kesihatan.

Allahyarham Miji dilapor turut hadir ke konsert terbabit bagi memberi sokongan terhadap rakan seperjuangannya.

Allahyarham Miji dan Karl adalah anggota asal Cromok yang sama-sama menubuhkan kumpulan itu bersama Sam (penyanyi dan pemain bes) serta Din (gitar dan penyanyi) ketika menuntut di Sydney, Australia pada 1987.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat



‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys



Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker