Tarik minat semua kaum, bukan fokus Cina saja ke sektor awam – KP UMNO

Tarik minat semua kaum, bukan fokus Cina saja ke sektor awam – KP UMNO

Kerajaan perlu menarik minat semua kaum bukan Bumiputera ke sektor awam, bukan hanya memfokuskan kaum Cina sebagai penjawat awam, kata Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh.

“Pertamanya, bukan galak kepada kaum Cina sahaja, ia patut digalakkan kepada kaum India dan kaum lain juga, terutama dalam bidang ketenteraan yang kurang penyertaannya di kalangan bukan Bumiputera,” katanya di Facebook.



Beliau mengulas kempen galakan kaum Cina menyertai sektor awam anjuran Setiausaha Politik Perdana Menteri, Chan Ming Kai di seluruh negara bermula di Melaka, Ahad lalu.

Chan dilaporkan berkata, kempen itu diadakan berikutan jumlah kaum Cina berminat menjadi penjawat awam rendah.

Berdasarkan pengambilan terkini penjawat awam oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), katanya, seramai 4,285 daripada 17,386 kaum Cina yang memohon jawatan disenarai pendek untuk temu duga, di mana hanya 1,634 calon lulus.

Sementara itu, Akmal menggesa kerajaan menghalang segelintir syarikat swasta tempatan yang meletakkan syarat pengambilan pekerja kaum tertentu saja.



“Ataupun syarat untuk tahu berbahasa selain daripada bahasa Melayu.” FMT

Tarik minat semua kaum, bukan fokus Cina saja ke sektor awam – KP UMNO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’



Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker