Dewan kecoh MP Maran kaitkan kampung baru Cina dengan komunis

Dewan kecoh MP Maran kaitkan kampung baru Cina dengan komunis

Sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat petang ini kecoh seketika susulan pertikaman lidah membabitkan beberapa Ahli Parlimen susulan kenyataan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) yang didakwa mengaitkan kaum Cina dengan perjuangan Komunis.

Dalam perbahasannya, Ismail mempersoalkan kewajaran cadangan menjadikan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Saya ingin suarakan mengenai cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk jadikan kampung baru Cina sebagai Tapak Warisan UNESCO. Apa rasionalnya?

“Sejarah kampung baru Cina adalah hasil daripada langkah tindakan komunis mengganggu negara kita. Kalau jadikan ia sebagai tapak warisan, maka kita bersetuju mengiktiraf perjuangan Komunis yang juga sejarah hitam negara,” katanya.

Susulan kenyataan berkenaan, seorang Ahli Parlimen blok kerajaan, RSN Rayer (PH-Jelutong) tampil mencelah dan mendakwa Ismail mengeluarkan kenyataan yang sensitif dan menyinggung perasaan kaum Cina.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (9) C, Yang Berhormat Maran telah bangkitkan isu perkampungan Cina dan pada masa sama telah keluarkan kenyataan berkenaan Komunis.

“Apa kaitan perkampungan Cina dengan Komunis. Ini adalah perkataan yang menimbulkan perasaan sakit hati atau bermusuhan antara satu kaum dengan kaum lain.

“Saya minta tarik balik dan minta maaf kerana ini menghina orang Cina, perkampungan Cina,” katanya.

Keadaan terus kecoh apabila Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) pula bangkit mendakwa Ismail sengaja memutarbelitkan fakta sejarah.

“Orang Cina jadi mangsa, rumah mereka dirobohkan secara paksa, kemudian ditahan di tempat kurungan British.

“Kenyataan Maran sangat menyinggung perasaan orang Cina. Jangan putar belitkan sejarah,” katanya.

Pertikaman lidah berlanjutan lebih 15 minit, malah arahan Timbalan Speaker, Alice Lau yang meminta Ahli Parlimen lain duduk dan Ismail menarik balik kenyataannya tidak diendahkan.

Situasi bertambah kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen lain turut bangkit serentak.

Antaranya, Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang).

Bagaimanapun, keadaan reda selepas Timbalan Speaker sekali lagi menggesa Ismail menarik balik kenyataan terbabit.

“Kalau ada perkataan saya yang mengguris perasaan, saya tarik balik. Saya hanya menceritakan semula sejarah, bukan saja orang Cina, tetapi orang Melayu pun dibunuh (Komunis),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mencadangkan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah perkampungan itu yang diasaskan sejak 76 tahun lalu. BH

Dewan kecoh MP Maran kaitkan kampung baru Cina dengan komunis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker