Restoran nasi Arab terkenal diserbu Imigresen

Restoran nasi Arab terkenal diserbu Imigresen

Johor Bahru : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor berjaya menahan 16 warga asing dalam satu operasi Ops Selera di Taman Tasek di sini, semalam.

Pengarah Imigresen Negeri Johor, Baharuddin Tahir berkata, dalam operasi kira-kira jam 4.40 petang itu, seramai 24 warga asing diperiksa susulan susulan maklumat awam yang diterima menyatakan terdapat warga asing yang bekerja tanpa pas atau permit yang sah di restoran berkenaan.



“Hasil pemeriksaan terhadap 24 warga asing, 16 daripadanya ditahan membabitkan tujuh lelaki warga Syria, tiga lelaki Yaman, tiga lelaki Palestin, seorang lelaki Mesir, seorang lelaki Bangladesh serta seorang wanita Filipina.

“Mereka yang ditahan berusia antara 21 hingga 55 tahun itu dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

“Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak dua notis hadir ke pejabat dikeluarkan kepada individu terbabit dalam operasi berkenaan bagi membantu siasatan. HM



Restoran nasi Arab terkenal diserbu Imigresen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?



Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby



RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker