Tentera AS bakar diri bantah perang Gaza di luar Kedutaan Israel di Washington

Tentera AS bakar diri bantah perang Gaza di luar Kedutaan Israel di Washington

Anggota tentera Amerika Syarikat (AS) membakar diri sendiri di luar Kedutaan Israel di Washington petang semalam sebagai membantah perang di Gaza.

Lelaki itu dibawa ke hospital selepas kebakaran dipadamkan pegawai Perkhidmatan Rahsia AS, DC Fire dan EMS yang disiarkan dalam talian.

Lelaki itu masih dalam keadaan kritikal, kata jurucakap Jabatan Polis Metropolitan. Jurucakap Tentera Udara mengesahkan insiden itu membabitkan seorang juruterbang pasukan mereka.

“Saya tidak akan lagi terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai,” kata lelaki itu, yang memakai pakaian tentera, dalam video yang disiarkannya secara langsung melalui internet, menurut New York Times.

Dia kemudian menyiram dirinya dengan cecair jernih dan membakar dirinya, menjerit ‘Free Palestine’ (Bebaskan Palestin), lapor Times.

Polis tempatan dan Perkhidmatan Rahsia sedang menyiasat kejadian itu.

Kedutaan Israel menjadi sasaran protes berterusan terhadap perang di Gaza. Peperangan di Gaza membawa kepada protes pro-Palestin dan pro-Israel di AS.

Protes bermula selepas serangan Hamas, kumpulan Islam Palestin yang memerintah Gaza pada 7 Oktober lalu. Sejak itu, tentera Israel melancarkan kempen ketenteraan terhadap wilayah terkepung itu dengan hampir 30,000 orang terbunuh, menurut pegawai kesihatan Palestin.

Pada Disember, seorang penunjuk perasaan membakar dirinya di luar Konsulat Israel di Atlanta. BH

Tentera AS bakar diri bantah perang Gaza di luar Kedutaan Israel di Washington

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan biar saya mati macam P Ramlee

Kurma Israel tapi label keluaran Palestin

Dua anak menganggur, ayah 70 tahun kerja rider

Pelukan Abby, Marissa undang sebak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker