Pemandu mati dipukul, lihat bagaimana sikap Rasulullah terhadap pesalah

Pemandu mati dipukul, lihat bagaimana sikap Rasulullah terhadap pesalah

Malang dan sangat menyedihkan apabila seorang lelaki terbunuh setelah dibelasah dengan teruk secara beramai-ramai dalam keadaan tangan dan kakinya terikat. Menurut laporan berita, punca kematian disebabkan ada organ dalaman yang pecah kerana hentakan yang terlalu kuat sama ada dari tumbukan atau tendangan yang dilepaskan oleh orang ramai.

Kejadian yang menyayat hati itu berlaku di Kajang Selangor menyebabkan pihak polis telah menahan lima orang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kejadian pembunuhan tersebut. Empat dari mereka berbangsa Melayu dan seorang lagi berbangsa India.

Entah kenapa manusia sudah mula hilang kewarasan akal fikiran sehingga tergamak melakukan perbuatan buruk tersebut. Meski mangsa mungkin ada melakukan kesalahan jenayah sekalipun, namun tindakan membelasah dengan teruk sehingga menyebabkan kematian jelas membelakangkan undang-undang sedia ada.

Apalagi dengan mengambil tindakan sendiri mengikut emosi, sedangkan setiap negara mempunyai undang-undang. Andai mangsa ada melakukan kesalahan biarlah pihak berkuasa dan undang-undang yang menghukumnya, bukan melalui undang-undang sendiri. Dalam Islam jelas Allah berfirman dalam surah al-Maidah: 8,

“Wahai orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa”

Ada banyak kisah bagaimana Tindakan Rasulullah s.a.w. menyantuni musuh-musuhnya. Lihat sahaja bagaimana tindakan Rasulullah s.a.w. terhadap orang yang melakukan kesalahan membunuh sahabatnya sendiri. Baginda tidak bertindak dengan emosi walaupun si pembunuh tersebut adalah seorang Yahudi.

Dikisahkan suatu ketika seorang Yahudi telah membunuh salah seorang sahabat Baginda s.a.w. iaitu Abdullah bin Sahl al-Anshari. Setelah diadili memang betul kalau Yahudi itu yang bersalah. Sesuai dengan ketentuan yang ditetapkan Baginda, maka sesiapa yang melakukan pembunuhan maka dia harus membayar denda sebanyak 100 ekor unta betina.

Begitu juga kisah bagaimana malaikat Jibril yang ingin menimpakan gunung Uhud kepada kaum Musyrikin Mekah atas perbuatan jahat mereka kepada Rasulullah s.a.w. Apa yang Baginda lakukan? Baginda tidak beremosi, malah Baginda s.a.w. mendoakan dan membiarkan perbuatan buruk mereka kerana sedar apa yang mereka lakukan adalah kerana kejahilan mereka.

Dan ketika peristiwa pembukaan Mekah pula, Baginda s.a.w. turut memaafkan segala kesalahan yang dilakukan oleh kafir Quraisy walaupun ada dalam kalangan mereka yang melakukan khianat, membunuh, dan menyeksa dengan kejam sahabat-sahabat Baginda s.a.w. termasuklah isteri Abu Sufyan iaitu Hindun binti Utbah yang membunuh bapa saudara Baginda s.a.w. dan merobek tubuh Hamzah bin Abdul Muttalib untuk dikeluarkan jantungnya.

Malah kisah Suraqah mengejar sambil menghunuskan pedang untuk menangkap dan membunuh Baginda s.a.w. ketika Baginda ingin berhijrah ke Mekah menunjukkan kemuliaan hati Baginda s.a.w. Ketika Suraqah berjaya menghentikan Baginda, namun pedangnya jatuh dan Baginda mengambil pedang tersebut. Ketika itu Baginda s.a.w. boleh sahaja dengan mudah membunuh Suraqah, tetapi apa yang Baginda lakukan, beliau melepaskan Suraqah dan mengampuninya.

Dengan sikap lemah lembut, tidak memiliki rasa dendam terhadap orang yang melakukan kesalahan inilah sebenarnya yang kita sebagai umat nabi Muhammad s.a.w. wajar ikuti. Jangan bertindak dengan emosi semata-mata sehingga akhirnya kita sendiri yang akan menyesal.

Bayangkan hanya dengan sedikit tindakan bodoh kita akibat teremosi dengan tindakan mangsa, menyebabkan kita masuk penjara. Dan lebih teruk lagi didakwa pula atas tuduhan membunuh yang pastinya hukuman yang menanti lebih berat. Diri kita merana, keluarga kita juga turut merana. Sedangkan kesalahan yang dilakukan mangsa tidaklah setimpal sehingga dia perlu dibunuh.

Kerana itulah Islam sangat menitikberatkan umatnya agar sentiasa menjadi orang yang sabar dari amarah. Malah mereka yang sabar dikurniakan ganjaran syurga sebagaimana hadis dari Imam at-Thabari meriwayatkan dari Abu Darda r.a.,

“Ya Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang akan memasukkanku ke dalam syurga? Rasulullah s.a.w. menjawab, “Janganlah marah, nescaya kamu akan masuk ke dalam syurga” Lalu aku mengulanginya soalan yang sama beberapa kali dan semua jawapannya adalah, “jangan marah”

Daripada A’tiyyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan, dan syaitan diciptakan dari api neraka, dan api akan dipadam dengan air. Maka jika salah seorang daripada kamu marah hendaklah berwuduk” (HR Abu Dawud)

Semoga kita semua terpelihara dari bertindak dengan emosi dan dapat mengawal kemarahan serta menjadi orang yang sabar. Insya Allah dengan sikap sabar kita akan terpelihara dari melakukan perbuatan buruk yang dimurkai Allah. Wallahu a’lam Utv

Pemandu mati dipukul, lihat bagaimana sikap Rasulullah terhadap pesalah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan biar saya mati macam P Ramlee

Kurma Israel tapi label keluaran Palestin

Dua anak menganggur, ayah 70 tahun kerja rider

Pelukan Abby, Marissa undang sebak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker